Showing posts with label ...Ceritera HidupKu.... Show all posts
Showing posts with label ...Ceritera HidupKu.... Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

~kaktus~

Bismillaahir rohmaanir rohiim

Kadang-kadang Allah turunkan musibah untuk buat hambanya berfikir dan insyaallah untuk menjadikan hambanya insan yang lebih baik dari sebelumnya (dr.maza)

Lepas ayang meninggal dunia baru aku tahu kenapa orang tanam bunga hidup atas kubur, kenapa orang letak batu sungai atas kubur..sebab benda hidup nie boleh mendoakan si mati...

So, semester nie aku pun decide nak bawak benda hidup, mula-mula nak bawak ikan tapi xjadik sebab ikan dekat kedai..hehe then bawak jer la apa yg ada dekat rumah..



Decide nak bawak kaktus nie pun, lepas prgi jalan cameron highland dengan status kaknyah yang baru iaitu isteri..hahaha poyoo pulak bunyi..ok la enjoy the photo : )


depan sekali nie adik aku amir, dia nie tak tahu la kata pelik suka sgt bergambo... mesti  ada muka dia..hehe best jugak la ada org yg suka snap pic kan.. so kita tumpang sekaki



saja suruh depa bergambar tiga orang supaya maksud signboard tu tercapai..apa aku merepek nie.. jgn mare



salad nie sedap..fresh jer bila mkn..boleh pilih nak beli yang mana..



kat sinie ada jual pokok halau nyamuk atau halau makluk halus kot..xingat dah nama pokok tu..first time dgr.. daaa

Saturday, September 29, 2012

...Gubahan tuala..

Assalammualaikum semua..

Berjaya jugak kitaorang menyiapkan gubahan masing-masing..mula-mula macam tak percaya pun ada masuk pertandingan gubahan..mana taknya sebelum nie mana reti cara nak lipat tuala jadik berbagai bentuk...tu la masa mak aku siapkan hantran my sis tak mau tolong..sekarang padam muka kan....tapi tak pa la segalanya dah selesai n kitaorg semua dah berjaya menghasilkan GUBAHAN TUALA dengan gaya yang tersendiri..hihihi : )







Hasil tangan dari semua peserta

Thursday, September 27, 2012

..my bad day..


Asalammualaikum..

Segala yang aku rasa pagi tadi semuanya dah terjawab...balik kelas tadi dengan berebut lelaki perempuanny naek bus dalam kampus..malas nak cerita dah situasi kat situ.., lepas tu singgah kafe dalam hati punya la mengutuk mengata owner kafe tu ...polistren makanan bukan main nipis lagi.. agaknya kalu kat kilang ada jual lagi nipis mesti depa dok beli yang tu....masa nak bayar purse aku pulak tertinggal kat bilik...selamat la dan tu kata tak pa nanti bayar pun ok..huhuhu malu la jugak disitu..

kemuncak hari yang tak bertuah aku dah nak sampai nie... masuk kelas far tetiba aku rasa da vibrate ..rupa-rupanya h/p aku berbunyi la pulak...aduii dalam hati kata habis la mesti kena rampas nie...huh dah agak dah lepas berbunyi terus puan tu datang kat aku mintak mai h/p ak..huh geram  tol kat h/p tu... aku dah off tapi alarm still nak berbunyi g..tapi x mau la geram sangat sebab tu h/p arwah abang ak...tak pa la bagi h/p tu rehat seminggu...

nak bagi hati aku sedap say “say tak pa la wani tu semua kafarah dosa yang aku buat harinie”..hah tu la sapa suh membalas perbuatan jahat orng lain dengan perkara jahat jugakkan...padam muka diri sendiri...hopefully may bad day will end tomorrow dengan harapan aku dengan kengkawan aku boleh menang pertandingan gubahan tuala tu..hahaha berangan la wani lipat 4 segi jer  yang tau ada hati nk menang..huhu tak pa la belasah jer la esok yang penting dapat sira n sijil...

Thursday, May 17, 2012

..: jangan bersedey wahai hati:..

Assalammualaikum..




Banyak perkara yang difikirkan bila seorang hamba allah nie bercakap tentang kematian yang bebunyi " kesian dia meninggal di masa muda seawal 21 tahun dan tak ada anak yang akan mendoakannya...kalau nak harapkan adaik beradik..entahlah katanya"... perlu ker mengeluarkan kenyataan macam nie....

Mari kite fikirkan bersama...adakah kita pasti kematian akan menjemput kita semua apabila kita dah punya anak?? dah adakah kita  pasti apabila kita semua berkahwin pasti akan dapat anak?? dan yang paling penting adakah anak kita nanti akan mendokan kesejahteraan roh kita bila kita  dah meninngal??.....siapa la kita untuk pastikan kelancaran hidup nie...macam mana kalu tiba-tiba allah ambil nyawa kita masa tengah tidur..masa kite tengah buat kejahatan... Imam ghazali sindiri dah berpesan: "perkara yang paling hampir dengan manusia adalah kematian".....

semua yang terjadi hanya dengan izin allah dan tolonglah jangan nak cakap macam tu lagi lepas nie.. sedey sangat bila fikir : (....... insyaalah jika allah izinkan diri nie tak lupa untuk doakan arwah ayang....walaupun arwah meninngal di usia muda dan tak punya anak tapi insyallah  jika allah izinkan kami adik beradik akan sentiasa sedekahkan pahala al-fatihah dekat arwah setiap kali lepas solat....


Thursday, April 26, 2012

.:: Nombor satu bagi saya::.


Assalammualaikum..

Lagu terbaru "Maher Zain-Number one for me" betul-betul buat hati ni tersentap..rindu mak sangat-sangat


"You know you are the number one for me 
There’s no one in this world that can take your place
 I’m sorry for ever taking you for granted, 
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me"


Ya allah, yang maha agung, maha pemberi rezeki, maha melihat, maha pemurah lagi maha penyayang panjangkanlah umur ibu dan ayah kami kerana sesungguhnya kami tidak mampu hidup tanpa kasih sayang mereka, lindungilah mereka dan semoga ibu bapa kami sentiasa dalam peliharaan rahmat Mu, Ya allah izinkan lah hamba Mu ini pergi menemui Mu sebelum kedua ibu bapaku serta matikan lah kami, keluarga kami, serta saudara seagama kami dalam agama islam. aminn

Thursday, March 15, 2012

.::AYANG dah tak ada::.

Assalammualaikum

Masa kat kampung hari tu Abah ada cakap dekat mak, wan dah selamat kat sana dan kiter yang hidup nie jer belum tentu dekat mana, lagipun dia tak pernah meninggi suara, redha kan pemergiannya kerana kita semua milik Allah...Dan ustaz dari sekolah tahfiz malim nawar cakap, banyakkan bersabar, jangan meratapi jenazah sebab akan meyakitinya dan allah lebih menyayangi dia..

Masa hari pertama buat tahlil kawan pengajian abah ada nampak Allahyarham pulang dengan pakaian putih dan berjanggut.. Wallahu a'lam (Dan Allah Yang Maha Mengetahui)..


5/3/2012-Kemalangan berlaku di Kota Tinggi, Johor dan Allahyarham Muhammad Hazwan Bin Ahmad   menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian.

6/3/2012-Jenazah sampai di kampung halaman Kampar, Perak pada jam 7 pagi dan dikebumikan di tanah perkuburan tualang sekah pada jam 9 pagi dan harinie merupakan hari pertama dan terakhir ani cium ayang..mak nak pergi hantar ayang tapi maktih semua tak bagi..

11/3/2012- Bakal tunang allahyarham, Fazlina othman datang ke rumah keluarga allahyarham untuk pulangkan semua barang milik allahyarham yang ada dalam bonet kereta dengan sebahagian dari barang pertuanangan mereka.

13/3/2012- mak pergi WD untuk urusan hal tempat kerja allahyarham. mak cakap depa tunjuk kat mana ayang duduk, meja ayang...

dan sekarang..kami masih belum dapt lupakan allahyarham..Tenanglah roh mu disana wahai abangku, allah lebih menyayagimu... Al-Fatihah

Tuesday, March 13, 2012

.::Semoga pahala Al-Fatihah kalian sampai ke mangsa kemalangan di Kota Tinggi-5/3/2012::.










"petikan dari surat kahabar utusan"

KOTA TINGGI 6 Mac - Hasrat seorang gadis mengikat tali pertunangannya pada 17 Mac ini tidak kesampaian apabila bakal tunangnya maut dalam kemalangan di Kampung Sri Jaya di Kilometer 28.5 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini semalam.

Lebih menyayat hati, tragedi pukul 2.40 petang itu turut meragut nyawa ibu dan kakak gadis tersebut.
Mangsa yang terbunuh ialah bakal tunang Fazlina Othman, 25, iaitu Muhammad Hazwan Ahmad, 25, serta ibu dan kakak Fazlina, Saemah Mantu, 65, dan Fatimah, 35.

Ketiga-tiga mangsa termasuk Fazlina dan seorang anak saudaranya, Ahmad Razim Faizal, 3, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung mereka di Felda Air Tawar 1, sebelum kereta dipandu Muhammad Hazwan bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan.

Dalam kejadian itu, Fazlina cedera di tangan kiri, manakala Ahmad Razim yang cedera di kepala kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).Pemandu lori berusia 33 tahun itu bagaimanapun hanya cedera ringan.

Jenazah Muhammad Hazwan yang berasal dari Kampung Pasir Kuala Dipang, Perak dikebumikan di kampungnya, manakala Saemah dan Fatimah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 1 , semalam.

Menceritakan kejadian itu, Fazlina yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik berkata, mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung setelah selesai urusan membeli barang keperluan persiapan pertunangan.

Menurutnya, ketika kejadian, dia yang duduk di bahagian penumpang depan tidur dan hanya tersedar selepas kereta Proton Saga BLM yang dipandu bakal tunangnya tiba-tiba bertembung dengan lori berkenaan.

"Saya terkejut dengan apa yang berlaku, namun reda dengan ketentuan ini.
"Apa yang lebih menyedihkan adalah hajat ibu untuk melihat majlis kami berlangsung tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi di sini.

Fazlina memberitahu, kepulangan mereka memang dinanti-nantikan ahli keluarga yang lain kerana mahu membincangkan persiapan majlis pertunangannya yang akan diadakan serentak sempena pernikahan abangnya pada 17 Mac ini.

Katanya, mereka bertolak ke Kuala Lumpur beberapa hari sebelum kejadian dengan menaiki bas dan pulang menaiki kereta yang dipandu bakal tunangnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa dari arah Kulaijaya ke Kota Tinggi hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.


Sumber: Utusan Malaysia

P/s: berita nie copy paste dari utusan online...tapi kak fazlina ada col mak dia cakap tak bagutau apa-apa pun pada wartawan..biarlah benda dah jadik..

" Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menerima segala ketentuanMu dan kami mohon agar Engkau tempattkan arwah bersama dengan orang-orang yang beriman dan ampunilah segala dosa-dosanya samaada yang nyata mahupun yang tersembunyi, hanya Engkau Yang Maha Mengetahuinya." amin.

Friday, January 27, 2012

.::UmUR iTu aMaNaH::.

Assalammualaikum..

Tinggal beberapa jam jer lagi 27-1-2012 akan melabuhkan tirai dan bertambah la umor en. sorang tu..

SeLaMaT HaRi LaHiR
SeMoGa DiKurNiakN UmOr YaNg BerManFaaT
KeSihaTaN YaNg SeNtIAsa OkEy-OkEy JeR
AkHLak YaNg TerpUJi
ReZeKi YaNg haLaL LaGie DiBeRkATi
JoDoH YanG MeMbAhAGiaKan
DaN
SeMoGa DipErTeMuKaN DenGan PENCIPTAMU 
PaDa HaRi YanG BaEk,daLaM KeAdaAn YaNg BeRiMAn daN KeAdaaN YanG BaEk..
Aamiin..











Friday, January 13, 2012

.::man vs vampire::.

assalammualaikum

Teramat kecewa, terkilan, kesian dan segala bagai benda yang terkejut aku rasa hari ini, manusia akhir zaman lebih kejam dari binatang kerana tindakan berlandaskan nafsu tanpa iman.... amacam setuju x?? tapi itu la pendapat aku sekarang..

hari nie rasa macam nak sumpah seranah jer lelaki-lelaki yang berhati lebih busuk dari binatang...arghhh memamg terlebih emosional tapi hati ini betul-betul kecewa dengan tindakan-tindakan mereka dalam video-video yang aku tertengok, terbaca and terintai kat blog-blog...

lagi-lagi aku baca berita kejam dari negeri CHINA, jujur aku rasa rakyat mereka nie kena belaja pengurusan etika...undang-undang vs moral...nie namanya " an action is legal but can be morally wrong" pada orang sekeliling yang hanya melihat jer..langsung tak membantu sebab undang-undang mereka menetapkan syarat tertentu.....

hurm ada lagi satu video perempuan dibelasah oleh 4 ornag lelaki yang aku tgk kat fb tapi cukup la satu nie jer ak post.....this night I hate and really really hate hate benci menci all man out side there but I really love my abah... miss my family la..

story kejadian nie boleh rujuk sini

P/S: wanita tercipta dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat di bahu yntuk dilingung, dekat jua dihati untuk dikasihi

Wednesday, December 14, 2011

.::"XEROX" company::.

Assalammualaikum...

Korang sume pernah tak CNP atau pun "XEROX"  asignment???? ala normal la tu kan...tapi maybe ada jugak orang yang x penah copy n paste asignment...hurmm xpa la, lain orang lain cara but x perlula nak down sebab nie kan...... x sukanya apa yang aku rasa sekarang...tolang la pergi jauh-jauh perasaan nie....semangat, semangat.....final nak dekat dah nie... : )




Tuesday, December 13, 2011

.::minggu yang serabut::.

Assalammualaikum...

Sekarang ni minggu addrop..peningnya aku nak susun jadual tok sem depan...xsampai 24jam jer mst aku tkar balik jadual aku...nasib baik la 4hari jer boleh wat addrop...Agak-agak bila la opis nak bukak kelas baru tok paper malan tu...aishh dah la aku leh wat addrop sampai esok jer ni...

jadual nie mcm belum confrm jer...


haha rancangan jer...tapi mcm xlepas nak wat 3thn coz paper CIMA x masuk g... : (


Wednesday, November 30, 2011

.::tak habis-habis dengan angka::.

Assalammualaikum..


hurmm macam mana nak mula nie...nampak sgt aku mmg tak pandai nak mengarang ayat ...aduhh lantak la mcm mana pun tapi ak nak cerita jugakk...bila dah jauh dari family,  apa yang dibebelkan dari lectrer pun jadik best jer telinga nie mendengar......rasa nak  mengalir air mata aku bila my lecturer talk about our manner in our life, our parents n formula dari ORACLE actually not formula la lebih kepada kaitan nombor dalam kehidupan aku rasa.......

macam mana adab kita masa belajar nie,rasa-rasa boleh dicontohi ker x????tanya diri sendiri la kan tapi cth yang paling simple bila kita nak masuk kelas terus jer masuk dan duduk tanpa bagi salam....masa sekolah dulu kita akn angkat tangan dan mintak kebenaran bila nak keluar g toilet tp bila dah masuk dunia kampus nie ramai yang just keluar masa lecturer tengah mengajar...tapi nak wat mcm mana puan, masa kami sem satu bila ada stdent mintak keluar lecturer tu cakap awok keluaq jer xpayah mintak kebenaran....hahaha., 


Bila dah jadik student accounting nie memang x leh nak lari daripada angka, nie ada "formula" baik punya...





A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

IS EQUAL TO

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26



What in our life we got perfect 100%????? sapa leh jawab dia hebat...hihi



H + A +R + D +W +O + R + K

8 + 1 + 18 + 4 + 23 + 15 + 18 + 11 =98 %


M + O +N + E + Y

13 + 15 + 14 + 5 + 25 = 72 &


L + O + V + E

12 + 15 + 22 + 5 = 54%

so pasnie xyah nak jelez meles tgk couple-cople yang ada yer....hehe yang paling penting i still have my parents ..alhamdulillah



L + U + C + K

12 + 21 + 3 + 11 = 47 %

kalu da kawan-kawan nak exam xmau wish luck..biz 2 nak wish apa erk????



yang paling penting dalam hidup adalah


A + T + T + I + T +U + D + E

1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

Wednesday, November 23, 2011

.::kalu kedah banjir, kami boleh cuti tak::.

asalammualaikum, selamat menyambut awal muharam semua.....jangan lupa baca doa awal muharam  yer...hehe td baru lectre tax remind kan......

semalam last day aku punya mid exam, punya la sejuk dalam dewan kuliah tu...sampai aku rasa jari nie dah keras x boleh nak tekan calculator pun ada...nak meraikan hari tak separuh merdeka nie aku pun tengok citer " twilight saga:eclipse"..punya la seronok, jatuh cinta la dgn edward..dlm kelas tadi pun tersengih sorang-sorang bila ingt citer tu...hihi...citer nie dah lama tapi baru berpeluang nak tengok "free"..hehehe





p/s: tajuk aku xdak kaitan dengan entry pun kan....dalam hati ada niat tersembunyi nie...yeahh: )

Wednesday, November 16, 2011

Anda, saya dan FAR...

assalammualaikum.....aku rasa macam dah lama jer dok sinie padahal xsampai seminggu pun lagikan..hurmm....sebelum nie mmg rasa down, asyik pikir nak balik jer..tapi aku gagahkan jugak hati dan mata nie dari mengalir....hehehe

Aku dah x tau nak story kat sapa benda nie tapi harinie aku sensitif jgak la aser nak marah pun ada tapi xpa la aku sabar..setiap yang pahit pasti ada yang manisnya dikemudian hari.....

Bila hari ahad rabu jer mst ada yang tanya"eh kenapa kamu ambik FAR1" seriously aku dah xlarat nak bermanis muka nak jawab soalan nie sbb dalam hati hanya allah yang tahu apa aku rasa....nak wat macam manakan dah opis xbagi aku transfer paper princp...

Memang la kalau nak diikutkan aku ketinggalan sebab member-mmber yg sama batch semua dah ambik FAR 3, yang aku nie baru FAR 1 jer..hurmm mmg jauh ketinggalankan...ya allah, berilah hambamu ini ketabahan dan semoga kami semua disini sentiasa berada dalam rahmatmu..amin

Monday, November 7, 2011

.::apa yang aku dapat blaja kat 'U'::.

Asalammualaikum...harinie kakak aku meroyan gamaknya sbb tinggal kami berdua jer kat umahh rinie...huhu... memula g McD pas tu kitaorg g plak kfc pas tu jalan kat taman ...tp sedey tol tgk taman tu..ramainya anak-anak melayu kita yg argh serabut la ak tgk...xmou lepak ptg-ptg kat situu dah pasniee......

ok la berbalik pada title aku...soalan nie betul-betul serabutkan kepala aku...tapi salah ker kalu aku tanya soalan nie kat orang lain."ermmmm" why why salah ker aku tanya..dah arr malas nk layan....sekarang aku dah masuk tahun 2 tapi aku still x dapat jawapannya...apa yang aku dapat blaja kat sana??????????????????????????????

Ilmu????? memang la dapat namapun menuntut ilmu kan... tapi jujur ak cakap pas abiz final exam semua tu jadik zero melainkan aku suka subjek tu, hormat n suka cara lectr tu ajar...Kawan??? alhamdulillah aku dapat kawan yang banyak sokong  aku bila aku susah n senang kat sana walaupunn kitaorg bukan satu kos.....TAPI  lepas aku habis belajar apa yang aku boleh bawak???  kalu aku dapat panggilan apa yang leh aku bawak???....aku biz blaja umo dah 20+?=2?...kalu xdak pa yg aku leh bawak keluar baek x yah blajakan......

Monday, August 22, 2011

.::Rasa hati ramadhan::.

assalam'alaikum....harinie kita semua dah berpuasa 22 harikan...tolak tambah baru bapa kali erk g terawih, baca quran, sedekah....hurm 22-7-? +? = semoga semua amalan yang kita buat ikhlas kerana Allah dan semoga diterima..amin...

Wahai hati rasa apakah engkau sekarang?? hati ak jawab dia rasa sedey sebab takut xdapat jumpa ramadan tahun depan n gembira sangat sbb tahun nie dapat puasa sebulan dengan family maklumla tahun sudah puasa kat kampus mmng pengalaman yg 1st time aku tempuh berbuka puasa sengsorang dah jadik lumrah...

Sekarang nie cuma tinggal kurang tambah 3 minggu jer aku kat kampung pas nie dah kena balik kampus.. : ( rasa x semangat jer nak balik...kenapa mesti rasa macam nie wahai hatii.....

Wednesday, June 1, 2011

Bersyukur dengan apa yang kita miliki

baru pagi td ak dgr radio ikim sal dengki, dendam, marah...sapa yg marah ker dengki ker n sewaktu dgnnya la...badan kiter akan menghasilkan toksik yg banyak n ada mcm2 lagi la keburukannya n boleh bawa kepada mati...tp skrg nie ak xtau la nk rasa apa...geram ader, marah ader, kecik aty ada, terasa haty ader, berbesar haty pun ada but like my blog title "senyum xperlu kata apa-apa" n i want to be like that (*_*)......

juz one i want 2 say ...jangan sesekali kau rasa apa yg kau ada sekarang dah cukup perfect.....sekali allah tarik nikmat yg dia bagi kat kau baru kau tau kan.....now ak cuty mmang lama pun frm now 1/6/11 until 9/9/11......lamakan so apa ak nak wat sepanjang cuti nie itu hal ak n hak ak kau xpayah nk cakap ak apa-apa pn n  xpayah la nak perli-perli ak erk.......now ak rasa teraniaya jugak la...n kau jangan lupa doa orang yang teraniaya diterima allah but kiter sapa untuk pastikan...yes mmg ak terasa haty dgn kata-kata kau...but ok la pengalaman mematangkan diri..juz be cool...terima kasih kerana bagi ak perasaan nie...

p/s: tiada kaitan dengan yg hidup atau yang telah meninggal dunie...juz 4 fun but kalau nak rasa diri nie bertuah atau x bandingkan dengan orang yang lebih rendah dari kiter baru timbul keinsafan bukan membangga diri...sama-sama berusaha carik redha allah erk..haha mcm la ak nie baek sgt..huh boleh blah la!!!



Wednesday, May 25, 2011

welcome back..


alhamdulillah selamat jugak ak sampai umah akhirnya.... penat jugak la arnie sbb ak kena naek 3 bus tuk smpai kg..huhu...bnda mula2 yg ak pikir dalam kepala  nie bila jejak kaki nk naek bus adlah pa bnda  yg ak nk wat bila smpai umah.....hahaha beria jer la ak nie.....so pikir punya pikir dalam prjalannan, mula2 ak nk nengok tb sbb dulu masa ak da paper awal ak  tgk jer kengkawan tgk tb.....tp alagkah malangnya bila mak ak cakap astro da prob n tchnician x mai repair g...huhu sedey kot...so mlm nie decide n on9 jer..

Monday, May 23, 2011

merdeka...hehehe gedik jer tajuk ak nie

alhamdulillah....lega asernya dah sattle sumer paper ak sem nie...huhu
ak harap pa yg ak usahakan selama nie bebaloi la.....

tp ak wisau sgt sal paper MA td....kalau ak citer kat kawan2 ak mst depa dah x larat nk dgr....
kuar dewan td pun semua ckp soalan susah...aishh mcm mana nk ambik MA advanve nie...
xpa la ak redha jer la walaupapun keptsan ti..sbb ak tau ak x wat yg terbaek pun td.....

mood: EpY+sEdEy=dalam hati xsabar nak lik kg...dah x larat asrnya ddk di bumi sintok...hehe xbaek kutuk tem kiter timba ilmu..ti x berkat.... P : ) walaupn ak selalu jugak kutuk..hehe

Saturday, May 21, 2011

"no title"...

ak selalu harap masa ak exam nie  jgn la ada bnda buruk jadik pada keluarga ak...
tp xsangka plak bila paper yg agak mencabr kepala otak ak nie ada plak bnda yg x sedap jadik....
aishh jgn pikir sgt la ...pi maen jejauh erk "sedey" dalam haty saya...

layan nie kejap....@_@
caca marba punya lirik..

Di wajahmu terlukis tenang, Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman, Dikurnia sejahtera......




Biarpun kepahitan telah engkau rasakan, Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu, Dari kecil hingga dewasa.....


Di bahumu tergalas beban, Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang, Sejujur pengorbanan...

Di saat kita berjauhan, Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang, Bak si kecil kehilangan....

i hate u too too much "gurl"..becoz of u my mom cry...