Tuesday, November 7, 2017

Kematangan

"Kematangan tak datang dengan bertambahnya usia
Tetapi diukur dengan sikap mulai menerima tanggungjawab"

Tuesday, September 5, 2017

Kek pandan cheese leleh versi kukus

Assalammualaikum

Kali nie cuba kek pandan cheese leleh tapi versi kukus.

Bahan bahan kek pandan.

Bahan A:
5 biji telur
1 cawan gula kastor
2 sk perisa pandan (blenderkan daun pandan bersama air)
1sk pewarna hijau
1sk esen vanilla
1/4 cawan minyak jagung/minyak zaitun/minyak masak

Bahan B:
1 cawan tepung kek blue key
1 cawan tepung gandum
1sk soda bikarbonat
1sk serbuk penaik
1sk cream of tartar (untuk bg kek ringan, kalau x ada pun tak pa)

Cara - cara
1. Satukan telur dan gula putar 15 ke 20 minit sampai pekat melikat. Kemudian baru campurkan semua bahan A yang lain.
2. Kemudian satukan bahan B ke dalam bahan A guna tangan. Kacau perlahan lahan guna kaedah kaup balik jer.
3. Kemudian boleh kukus selama 45 minit ke 1 jam.

Topping cheese leleh

Untuk layer bahagian tengah:
1 paket cream cheese (250 gm)
1/4 cawan whipping cream/susu segar /susu cair
1/4 cawan susu pekat

Untuk bagi leleh di bahagian atas:
tambah 1/2 cawan whipping cream/susu segar/susu cair ke dalam baki bancuhan layer tadi.

kemudian boleh tabur cheese atas kek yang dah siap tadi.

Selamat mencuba (@@)

Thursday, August 31, 2017

Kek pandan layer kastard..sedapp


Asalammualaikum

Kek sponge pandan layer kastard nie kali ke 3 buat, sambil cuba resipi yang pelbagai mengikut bahan bahan yang ada dekat rumah.





bahan-bahan kek sponge pandan:

Loyang 8"

5 biji Telur  (asingkan kuning dan putih)
125 gm tepung kek/tepung gandum
*1sk baking powder (kalau guna tepung kek tak payah letak yer)
160 gm gula kastor  (bahagi 2, separuh letak dalam meringue, separuh lagi putar dgn kuning telur)
75 gm minyak jagung / minyak masak
15 gm ovallete ( kalau tak ada tak payah letak )
1 sk esen vanilla
2 sb jus pandan / blender daun pandan
2 sb susu segar / susu cair (apa apa jenis susu pun boleh)
1sk pewarna hijau ( bagi warna hijau tu cantik berseri)

Cara-cara buat kek sponge pandan:

1. Asingkan putih telur dan kuning telur
2. Putar putih telur campur gula sampai jadi meringue (sampai bertanduk kalau kita terbalikkan bekas putih telur tu elok jer bentuk asal dia). Kalau dah siap meringue ketepikan.
3. Putar kening telur bersama gula, minyak masak/minyak jagung, ovallete, pes pandan, esen vanilla
4. Campurkan tepung kek/ tepung gandum ke dalam bancuhan tadi.
5. Masukkan adunan meringue kedalam bancuhan telur kuning + tepung kek tadi.
6. Kemudian masukkan 2 sb susu segar/ susu cair.
Bakar pada suhu 130 darjah celcius selama 30minit...ikut oven masing2 ya

Bahan bahan layer kastard:
1050 ml santan ( tak kisah berapa bnyak santan korang ada then cairkan dgn air) kalau guna susu cair sepenuhnya nanti bancuhan kastard lembik sikit.
225 gm gula kastor
10 gm serbuk agar -agar (sepeket)
100 gm tepung hoen kwe (warna hijau)
75 ml jus pandan ( blender daun pandan dgn 75 ml air kemudian tapis)
Secubit garam

Cara - cara buat layer kastard:
1. Satukan kesemua bahan then kacau atas api sampai dia pekat melikat.

Jom layan gambar:

Bahan-bahan kek dan kastard


Putar putih telur sampai bertanduk (meringue)









Kek sponge pandan



Lepas tu past paling excited ....

Boleh la korang layerkan
1. Adunan kastard
2. Kek sponge pandan
3. Adunan kastard
4. Kek sponge pandan
5. Adunan kastard.

Simpan semalam dalam peti baru sedap...tapi kalau buat pagi petang pun dah boleh makan...sedapp

Tuesday, August 15, 2017

HOMESTAY KAMPAR, PERAK

Selamat Datang ke AL-KAUSAR HOMESTAY BANDAR BARU KAMPAR PERAK MALAYSIA


Rumah penginapan yang selesa untuk percutian keluarga, rombongan pengantin, kursus, majlis konvokesyen dan lain lain.


ANTARA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air

BILIK TIDUR UTAMA
  • Air Cond
  • 1 Set katil queen
  • Almari pakaian
  • Almari make up
  • Tuala dan Sejadah
BILIK TIDUR KEDUA
  • Air Cond
  • 1 Set Katil queen
  • Almari pakaian
  • Almari make up
  • Tuala dan sejadah
  • Telekung solat untuk wanita
  • Kain pelikat solat untuk lelaki
BILIK TIDUR KETIGA
  • Air Cond
  • 1 Set Katil Bujang
  • 1 Set tilam Extra
  • Almari Pakaian
  • Tuala dan sejadah solat
ANTARA KEMUDAHAN LAIN SEPERTI:
  • TM WiFi disediakan
  • 1Set sofa
  • TV (ASTRO NJOI)
  • Set meja makan
  • Mesin basuh
  • Peti ais
  • Dapur memasak berserta gas dan kelengkapan memasak
  • Set pinggan magkuk
  • Rice cooker
  • Basikal senaman
  • Ampaian pakaian
KEMUDAHAN TAMBAHAN SEPERTI:
  • 1 set extra tilam bujang
  • Extra selimut disetiap bilik
  • Extra bantal disetiap bilik
  • Tuala dan sejadah
KADAR SEWA
RM200/ 1 malam

Check In TIme: 2PM
Check Out Time: 12 PM

BERMINAT BOLEH HUBUNGI:

PUAN SAMSIAH : 019-433 6756

GAMBAR HOMESTAY:

Hadapan rumah



Ruang dalam rumah

Ruang tamu


TV

Bilik tidur utama


Bilik tidur utama

Bilik tidur kedua

Bilik tidur kedua


Bilik tidur ketiga

Bilik air



Peralatan sukan tambahan

Meja makan


Ruang dapur



TEMPAT MENARIK BERDEKATAN ALKAUSAR HOMESTAY:



To Starbuck, Mc Donald, Secret Recipe, Econsave supermarket - 350 M
To Akademi Darul Quran Darul Huffaz  - 800 M
To Petronas, 7-eleven - 1 KM
To Pekan Kampr - 1.5 KM
To TAR kolej - 1.5 KM
To Universiti TAR - 2 KM
To Tesco - 3 KM
To Giant - 3.3 M
To Gua Tempurung,Gopeng - 15KM
To UiTm Cawangan Perak kampus Tapah - 28 KM

HANYA UNTUK MUSLIM SAHAJA!!