Monday, November 17, 2014

Kek coklat cheese (kukus)

Salam, 

Sesi memvariasikan kek coklat, bila dah berjaya buat kek coklat yang moist secara tak langsung kita boleh buat kek coklat karamel, kek coklat russian black & white, kek indulgence dan pelbagai lagi la kan.

Kali nie cuba resipi kek coklat cheese

BAHAN KEK:

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair/ susu segar
1 cawan minyak jagung/ minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
  
Bahan C
3 biji telur
1 sdt esen vanilla

BAHAN LAPISAN CHEESE
250g cream cheese
60g gula kastor
1 biji telur
1 sdt esen vanila
50ml air/susu segar/susu cair
2 sb tepung gandum

#putar cream cheese dengan gula, kemudian masukkan telur, esen vanilla, air/susu dan tepung gandum. Putar sehingga semuanya sebati.

CARA-CARA
1. Campur kesemua bahan A dan panaskan atas api. Tak perlu sampai mendidih cukup sekadar sampai gula larut.

2. Ayak kesemua bahan B

3. Putar telur dan esen vanila(bahan C) selama 5 minit.

4. Campurkan bahan C kedalam adunan bahan A dan apabila sebati masukkan bahan B.

5. Tuang adunan kek kedalam loyang selama 15-20 minit.

6. Kemudian tuang adunan cheese diatas kek yang telah dikukus tadi selama 15 minit.

7. Untuk lapisan yang terakhir,  Lapiskan adunan kek coklat diatas lapisan cheese tadi. Biarkan selama 20-30 minit.




Jangan lupa balut penutup kukus dengan kain atau aluminium foil ya supaya wap air tak jatuh atas kek.

 
1 pengukus tu nak try buat yg kecil molek nie


Kukus yang besar tu ini hasilnya



Terlebih rajin sikit, letak ganache


♥️♥️♥️♥️

Friday, November 14, 2014

Membeli dan belah di padang besar

Salam, 

Sambil menyelam minum air, sambil sesi konvokesyen sambil memborong apa yang patut.

Niat dihati pergi padang besar untuk cari stok kedai sikit, tapi seller dekat situ semua tak berapa nak mesra pelanggan plus harga dia mahal sikit dari tempat borong dekat di kl, so shopping untuk diri sendiri jer la.

Aku sempat grab tofu body mask dengan tofu body pudding, tawar punya tawar dapat kurang sikit, hahaha sekarang dah suka tawar menawar sebab dekat kedai tu majoriti datang mesti tawar harga. So ini lah masa untuk luahkan pada orang lain pula

Tofu body  mask tu ak dapat RM13.00, tofu body pudding RM15.00, foundation span Rm10.00.


Next nak share sikit perbualan nie:

Sesi tawar menawar

First situasi-

B: berapa harga beg nie ya
S: rm25.00
B: boleh kurang lagi x, rm20 ker
S: rm20 memang tak dapat, tu harga beg reject jer
B: ........(terdiam terus) saya bukan tak boleh terima harga tu, insyaallah saya mampu tapi disebabkan jawapan seller tu mengguris hati cheq blah jer la dr situ...saya pun seller juga tak pernah terlintas nk membidas pembeli dgn ayat macam tu.... Lagi satu beg branded pun boleh dapat tapi kena tunggu ada sales la kan...makcik ohhh makcik

Secnd situasi-

B: berapa harga beg nie kak
S: Rm28.00
B: berapa boleh kurang kalau nk ambil 3 buah
S: tak dapat la, kalau ambil beg satu kedai nie pun xdapat kurang
B: .... (Dalam hati kenapa penjual kat snie dah macam ginie, exsen sikit dulu pergi xada pulak rasa macam gini)


Kebanyakan seller dekat situ dah ada biss online, tu yang kadang depa tak berapa kesah custmer walk in blah jer...

-selamat bershoping-