Monday, November 17, 2014

Kek coklat cheese (kukus)

Salam, 

Sesi memvariasikan kek coklat, bila dah berjaya buat kek coklat yang moist secara tak langsung kita boleh buat kek coklat karamel, kek coklat russian black & white, kek indulgence dan pelbagai lagi la kan.

Kali nie cuba resipi kek coklat cheese

BAHAN KEK:

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair/ susu segar
1 cawan minyak jagung/ minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
  
Bahan C
3 biji telur
1 sdt esen vanilla

BAHAN LAPISAN CHEESE
250g cream cheese
60g gula kastor
1 biji telur
1 sdt esen vanila
50ml air/susu segar/susu cair
2 sb tepung gandum

#putar cream cheese dengan gula, kemudian masukkan telur, esen vanilla, air/susu dan tepung gandum. Putar sehingga semuanya sebati.

CARA-CARA
1. Campur kesemua bahan A dan panaskan atas api. Tak perlu sampai mendidih cukup sekadar sampai gula larut.

2. Ayak kesemua bahan B

3. Putar telur dan esen vanila(bahan C) selama 5 minit.

4. Campurkan bahan C kedalam adunan bahan A dan apabila sebati masukkan bahan B.

5. Tuang adunan kek kedalam loyang selama 15-20 minit.

6. Kemudian tuang adunan cheese diatas kek yang telah dikukus tadi selama 15 minit.

7. Untuk lapisan yang terakhir,  Lapiskan adunan kek coklat diatas lapisan cheese tadi. Biarkan selama 20-30 minit.




Jangan lupa balut penutup kukus dengan kain atau aluminium foil ya supaya wap air tak jatuh atas kek.

 
1 pengukus tu nak try buat yg kecil molek nie


Kukus yang besar tu ini hasilnya



Terlebih rajin sikit, letak ganache


♥️♥️♥️♥️

No comments:

Post a Comment