Monday, October 27, 2014

Homestay Bandar Baru Kampar Perak


Assalammualaikum,

Nak beriklan sekajap yer, memenuhi pesan bonda... sesiapa yang ingin bercuti, menghadiri kenduri kendara dan memerlukan tempat penginapan untuk keluarga yang besar, kami di alkausar homestay menyediakan penginapan yang selesa untuk anda, insyaallah pasti puas hati.

Kediaman 3 bilik tidur dan 2 bilik air.  Antara kemudahan yang disediakan adalah Air cond di setiap bilik, extra tilam bujang, peti ais, basikal senaman dan pelbagai lagi kemudahan lain. 

Berminat boleh layari fb page kami di "homestay alkausar" dan di laman web mudah.my, juga boleh hubungi 019-4336756 pn. samsiah untuk maklumat lanjut.

Enjoy the view:












Ini iklan dalam mudah.my



Tq ;)

Monday, October 20, 2014

~Resipi apam susu~

Salam semua

Deme kata sekarang tengah femes apam susu, apa lagi merajinkan diri  buat apam susu, hihi kat bawah nie screen shot resipi dari facebook, maap la yer cek malas nak menaip..


Nie pulak hasil yang aku buat

Add Hasil pukulan telur, then baru masukkan bahan-bahan laincaption


Add Nie dah campurkan semua bahancaption


Add capSiap untuk dikukus, tak cantik la corak tu belasah jer la kantion

Add caption

TARAAA!!

Done, mudah jer tapi sejujurnya apam nie manis la maybe aku terlebih letak susu dan kering sangat kena tambah air kot.. Entah la kalau rajin nanti aku repair balik.. Kalau la :)

~never underestimate the power of doa~



Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberi keberanian kepada orang yang ketakutan dan kesunyian.






Monday, October 13, 2014

~Kek coklat karemal~

Assalammualaikum

Merajinkan diri mengukus kek coklat karemal, sebelum nie penah buat kek pelangi karemal tapi x berapa jadi sgt pudingnya maybe sebab xkukus dulu kot.

Untuk kek coklat karemal nie ak kukus dulu pudingnya dalam 15 minit lepas tu baru masukkan adunan kek coklat

Resipinya

Karemal (1st layer)
-2 sudu besar gula

Cara-cara 
Tabur gula dalam loyang kemudian letak atas api, biarkn sampai gula cair jadi warna keperangan, jgn sampai hangus pulk, nnti pahit jadinya..

Puding (2nd layer)
- 1cawan susu cair
- 1cawan susu pekat
- 1sdk esen vanila
- 3 biji kuning telur

Cara- cara
1)Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila kacau sebati, kemudian masukkan kuning telur, Kacau adunan perlahan-lahan jgn sampai berbuih tau nnti karemal x halus mulus ;)

2)selepas sebati, tuang adunan puding tadi dalam loyang yang berisi karemal

3) kukus selama 15 minit

Kek coklat (3rd layer)
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan gula 
- 1 cawan minyak
- 1 cawan koko (ak guna xsampai 1 cawan pun sbb serbuk koko dah habis)

- 3 biji telur (ak guna 2 biji jer tapi pukul lama sikit la dalam 5 minit)

- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sdk serbuk penaik
- 1 sdk soda bikarbonat
Ayak kesemua tepung ini yer


Cara-cara
1) campur kesemua bahan kek tadi kecuali telur dan tepung, kemudian panaskn atas api, xperlu mendidih pun xapa, cukup sekadar semuanya sebati

2) biar adunan coklat tadi sejuk sedikit kemudian masukkan telur yang telah diputar tadi, kalau ikutkan xperlu putar lama pun xapa tapi disebabkan ak nie x suka telur sgt dan ak kurangkn jumlah telur so terpaksa la guna cara nie ;)

3) masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit guna kaedah kaup balikkan

4) bila adunan kek dah sebati, bolehlah tuangkan adunan kedalam lapisan puding yang sudah dikukus tadi

5) kukus selama 45minit-1 jam

Tadaaa 💖💖💖

Dah masak, terbalikkan kek




Karemal ak nie terhangus sikit ;)







Saturday, October 11, 2014

~triffle in da house 💖💖💖~

Salam semua, semoga harinie lebih baik dari semalam, insyaallah

Aku merajinkan diri cuba desert nie, almaklumlah bila cuaca panas nie tekak mesti teringin benda sejuk..

Resipinya mudah jer...

Lapisan kek:-
-1 pek swiss roll
- air dari jus koktel (tpi ak x pakai koktel dalam tin tu so just renjis kek dengan susu cair jer untuk bg kek tu moist)

Cara-cara:
1. Potong kek tadi nipis- nipis kemudian susun atas dasar mangkuk yang digunakan.

2. Renjis jus koktel/susu cair atas kek, jangan banyak sgt cukup sekadar nk bg kek tu moist.



Kastad
-1 tin susu cair
-1 tin air (sukat guna tin sudu tadi)
-1/2 cawan gula
-3 sudu tepung kastad

Cara-cara:
1.satukan semua bahan kemudian masak atas api yang sederhana sampai bancuhan kastad pekat.

2.tuang adunan kastad atas lapisan kek



3. Susun buah koktel


Punya la rajin p susun buah anggur tu, ini jer yang adooo nk p beli koktel entah bila tahun baru sempat..

Agar-agar kristal jelly:-
- cara- cara nak masak ada dekat belakng kotak tu, simple jer
- kemudian tuang adunan kristal jelly atas  buah- buahan tadi.



P/s: dek kerana tak sabar nk rasa aku ambil sebekas yg kecik tu letak tempat sejuk beku then ngappp