Sunday, July 31, 2011

.::Ramadhan datang lagi::.

 




Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak,
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini,
semoga dapat kita lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri yang selama ini tidak henti-henti,
semoga Ramadhan kali ini tidak sia-sia kerana belum tentu kita akan bertemu pada Ramadhan yang akan datang,
semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengharungi segala-galanya dengan sabar,
ALLAH memilih Ramadhan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya kepada para hamba-Nya dengan menurunkan A-Quran.  Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

       "Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran, untuk menjadi petunjuk bagi manusia dan bermacam-macam keterangan yang merupakan petunjuk antara yang benar dan yang batil."
                                                                                                               (Surah Al-Baqarah:185)

Wednesday, July 27, 2011

~ Panduan Pra-Ramadan~

1.  Persediaan diri secara mental dan rohani lebih penting dalam menyambut Ramadan.  Bisikan pada diri sendiri, Ramadan sudah di ambang pintu dan kita akan menerima kedatangannya.

2.  Latih diri secara fizikal dengan membanyakkan puasa sunat.

3.  Jangan lupa menggantikan puasa Ramadan lalu.  Jangan abaikan kewajipan yang satu ini.  Wanita memang banyak istimewanya kerana ada "cuti solat" dan "cuti puasa".  Walaupun cuti solat tidak perlu diganti tetapi cuti puasa Ramadhan yang lalu wajib diganti.  Masa masih ada, jadi jangan tunggu lagi.

4.  Mulakan tadarus mulai sekarang.  Bertadarus ertinya membaca Al-Quran beramai-ramai hingga tamat terutamanya dalam bulan Ramadan.  Tidak kurang juga yang berazam secara individu untuk menghabiskan bacaan al-Quran 30 juzuk dalam bulan Ramadan.  Namun sebagai wanita, sekali lagi kita dibatasi kekangan tertentu.  Dalam 30 hari berpuasa mungkin seminggu kita harus bercuti.  Bagaimana pun supaya kita dapat habiskan juga bacaan al-Quran 30 juzuk dalam Ramadan ini, lebih baiklah kita mulakan lebih awal.  Syaaban sudah datang, apa kata kita mulakan sekarang, supaya menjelang syawal nanti, kita lega kerana selesai menghabiskan bacaan kitab suci itu.

5.  Biasakan diri dengan amalan sunat seperti bersedekah.  Amalan bersedekah antara yang sinonim pada Ramadan yang berkat.  Jadi, tidak salahlah 'belajar-belajar' untuk menghulur pada mereka yang kurang berkemampuan mulai sekarang.

6.  Bermuhasabah diri dan merenung kembali persediaan dan amalan yang sepatutnya dilakukan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

7.   Digalakkan juga mengulang kaji segala persoalan berkaitan masalah ibadat puasa, sama ada mengenai rukun, syarat, sunat, makruh, adab-adab, faedah, manfaat, rahsia dan hikmah yang terkandung dalam bulan mulia ini.

8.  Jangan terlalu gelojoh membuat membuat persiapan raya dan rancang itu ini untuk menyambut syawal.

9.  Berazam bahawa kedatangan Ramadan sama sekali tidak menjejaskan kualiti kerja di pejabat, sebaliknya kita akan terus cekap dan aktif sepanjang masa.

10.  Berdoalah mudah-mudahan kita sempat bersua Ramadan yang bakal tiba dan menanam azam bahawa Ramadan ini akan jadi yang terbaik dalam hidup.

~ Rendang tok Aidiladha ~

Resipi rendang tok nie my mom dapat dari orang dulu-dulu masa nak wat kenduri along, so sukatannya pun orang dulu punya sukatan. Mak suh salin resipi nie dalam buku supaya tak hilang, alang-alang baik post dalam blog..huhuhu


Daging = 1 pikul (100 kati)
Ketumbar = secupak (digoreng, tumbuk dan kemudian diayak)
Cabai kering = 2 kati ( dijemur 2 hari dan tumbuk)
Jintan putih = 2 tahil (digoreng dan ditumbuk)
Jintan manis = 2 tahil (digoreng dan ditumbuk)
Lada hitam = 4 tahil ( digoreng dan ditumbuk)
Gula melaka = 6 buku
Kelapa = 90 - 100 biji
Kerisik = 10 biji, 2 biji digorengkan sahaja
Bawang putih = 2 labu
Lengkuas = 1 kilo (potong, ditumbuk dan airnya dibuang)
Bawang merah kecil = 5-6 kilo ( dihiris halus)
Bunga lawang = 10 kumtum (buang biji dan kemudian digoreng)
Buah keras = 8-10 biji (goreng dan ditumbuk)
Kulit kayu manis = 5-6 batang (diketuk)
Asam gelugur/keping = 5 keping
Daun kunyit = 10 helai (dihiris halus)
Serai = 1 besen besar (anggaran secupak)

Cara-cara:

1.Campurkan semua bahan diatas kedalam daging kecuali kelapa yang digoreng.  Gaul hingga sebati.
2.Bila daging dah dekat nak masak baru masukkan kelapa goreng.


Friday, July 22, 2011

~ Jodoh adalah ketentuan ALLAH ~

~ kemurahan HATI ~



Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, tetapi kadang kala Allah memberi kita pilihan yang salah mungkin kerana ingin menguji diri kita dan sentiasa lah bersangka baik dengan Allah.  Anggaplah dia bukan yang terbaik untuk diri kita dan kita bukan yang terbaik untuk diri dia.

Cuba sorokkan kebaikan yang kita lakukan sebagaimana kaum wanita menyorokkan darah haidnya atau pun cuba sorokkan kebaikan yang kita buat sebagaimana kita menyorokkan kejahatan yang kita lakukan.
.
Cuba lah kita melayari hidup ini tanpa mengharapkan balasan manusia tetapi mengharapkan redha Allah S.W.T.

Kehidupan yang kita lalui bukan apa yang berlaku pada kita tetapi berlaku dengan apa yang kita fikirkan.

Kita yang menentukan fikiran kta dan jangan biar benda luar mempengaruhi fikiran kita.

Bantulah diri sendiri dahulu baru bantu orang lain dan ingatlah setiap kali mahu memberi pertolongan atau bantuan sesungguhnya lintasan yang pertama datang adalah dari Allah dan lintasan kedua datangnya dari syaitan.

Ingatlah bahawa merungut, mengeluh, meraung adalah cara untuk tidak bahagia.

Hanya orang yang pandai menilai diri sendiri pandai untuk menilai orang disekelilingnya.

Menerima kejahatan dan membalasnya dengan kebaikan.  Sekiranya kita menerima hinaan maka membalasnya dengan pujian dan menilai diri sendiri adakah kita pernah menghina orang lain sebelum ini.

Akhir sekali menilai diri sendiri, audit pemikiran, insyaallah bahagia akan datang.

 Sumber image: Google

Friday, July 15, 2011

~ Apam manis warna warni ~

Pulut + ragi




Nak resipi klik sini..Tima kasih juga pada tikah n fida sebab sudi bagi resipi nie kat aku.  Tapi yang nie aku pakai tapai pulut.  Nanti nak cuba buat tapai guna beras pulak.

Thursday, July 14, 2011

~ KFC malaysia mohon maaf ~

 

Mesti semua dah tahu tentang isu video kfc yang dah tersebar kat youtube, ini adalah kenyataan yang dibuat oleh pihak KFC malaysia tentang isu ayam goreng tapak kasut dan  air lap + sos.  

Tapi pada pendapat saya ucapan maaf jer tak cukup untuk menyelesaikan perkara ini lagi pula sesiapa pun boleh ucapkan perkataan maaf.  

Sos + Air lap
 Ayam Goreng Tapak Kasut KFC

  Selalu nya apa yang kita buat pada orang lain akan jadi pada diri kita sendiri sama ada tunai di dunai atau di sana nanti, tapi harap-harap meraka yang melakukan perkara tak senonoh nie akan dapat pengajaran yang setimpal. 
Kita semua nak tunding jari kat kfc pun tak guna jugak  sebab ini masalah jiwa pekerja itu sendiri tapi kfc sendiri pasti terkesan juga, tak banyak mungkin sikit kerugian, cemuhan dan  ini  juga menunjukkan kelemahan dalam sistem pengurusan kakitangan restoran itu sendiri.

   Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan dan panduan yang baik bagi menganalisis mengapa terdapat manusia   bertindak liar, kejam dan jahat. 

Dari Abu Hurairah r.a katanya, :Rasulullah SAW bersabda:
“Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul.
Firman-Nya: 

“Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51)
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172)


Sumber hadis: Kredit to

Tuesday, July 12, 2011

~ Bulu mata panjang dan lentik ~

Bagi yang gemar menggunakan petua nenek moyang, ada tip yang boleh digunakan untuk melentikan dan memanjangkan bulu mata iaitu dengan menggunakan lendir daun lidah buaya.  Lulur lendir daun lidah buaya tersebut ke bulu mata setiap malam sebelum tidur.  Lihat hasilnya dalam sebulan.  Selamat mencuba. : )

Sumber : Mingguan Wanita

~ Elak muka kasar ~

Untuk mengatasi masalah wajah berbintik hitam, parut mentimun dan perah untuk mendapatkan airnya.  Gunakan air tersebut untuk mencuci muka sebelum tidur.  Untuk hasil yang lebih baik tampalkan hampas timun tersebut pada muka.


Sumber: Mingguan Wanita

~ Menghilangkan bau kaki ~

Bagi mereka yang menghadapi masalah bau kaki, isikan perahan lemon atau limau nipis di dalam besen berisi air.  Rendamkan kaki anda seketika dan gosokkan kaki dengan kulit lemon atau limau nipis.  Amalkan selalu untuk mendapatkan hasilnya.  Selamat mencuba.


Sumber: Mingguan Wanita

Friday, July 8, 2011

~ CUTI pulanglah ziarah ibu bapa ~

"Redha ALLAH SWT bergantung dengan keredaan ibu bapa, murka ALLAH SWT juga bergantung kepada murka ibu bapa."

Tapi jika kita semua lihat keadaan sekeliling, baca majalah dan akhbar tentang isu semasa pasti ada diantara kita yang lebih mementingkan keluarga sendiri daripada kebajikan ibu dan bapa di kampung. Bagi yang belum berkeluarga sendiri itu dan ini termasuk diri yang sedang menulis nie jadikan la semua tu sebagai iktibar dan pengajaran semoga kita semua dijauhi dan dilindungi oleh ALLAH dari bersikap buruk terhadap ibu dan ayah kita suatu hari nanti.

Mesti kita selalu ungkapkan ini, mula-mula nak habiskan belajar tak kira la spm, diploma, ijazah, master, PhD dan sewaktu dengannya la, lepas tu nak kerja, carik duit untuk balas jasa mak dan ayah yang selama nie dah banyak berkorban tenaga dan wang ringgit….maklum la duit pinjaman tu tak cukup (ate dah berbelanja melebihi kemampuankan) lepas tu baru la nak pikir pasal ehemehem.....hurmmm nie semua rancangan tapi bila dah sampai seru semua tu jadik abu, habuk, hama dan kutu kot..."manusia suka mendengar janji tetapi susah untuk melaksanakan janji."

Kadang-kadang kepala ini berfikir kenapa la manusia sekarang tergamak memperlakukan orang tua mereka dengan pelbagai perkara yang kadang-kadang susah untuk diterima akal.  Kita sebagai anak kena sedia maklum bahawa jiwa ibu bapa kita yang telah meningkat umur akan bertambah sensitif dan kadang-kadang manja terlebih cikit jer tapi tanpa mereka, kita tidak mungkin ada di muka bumi ALLAH SWT ini kan.

So bila ada cuti tu pulanglah ziarah mak dan ayah kita dapat pahalakan, bukannya susah pun.  Tapi jangan la pula bila susah baru cari mak ayah..." Belum gaji balik kampung, Bila gaji balik jumpa makwe dan sewaktu dengannya la"....

Ok la aku cuma nak kongsi artikel yang aku baca dari majalah Mingguan Wanita :

Rasulullah SAW juga pernah menitiskan air mata mendengar pergaduhan seorang lelaki tua tentang anaknya yang menderhaka; "Wahai Rasulullah, anakku yang telah aku didik, tetapi setelah dewasa dia menzalimiku.  Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan :

"Ketika engkau masih kecil
tangan ini yang telah memberikanmu makan.
Engkau minum juga aku yang tuangkan.
Apabila dirimu sakit,aku berjaga semalaman.
Kerana sakitmu itu, aku mengeluh kerisauan.
Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.
Kulihat pada dirimu apa yang tidak ku harapkan.
Kau balas aku dengan kekasaran.
Seakan-akan  nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinangan air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." (Ditakrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182.  Al-Baihaqi dalam al-sunan 16054)

p/s: Bagi yang masih punya mak ayah, hargai dan berbaktilah kepada mereka sebelum terlambat dan semoga kita semua dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT  dari berbuat jahat kepada orang tua kita...amin