Resipi rendang tok nie my mom dapat dari orang dulu-dulu masa nak wat kenduri along, so sukatannya pun orang dulu punya sukatan. Mak suh salin resipi nie dalam buku supaya tak hilang, alang-alang baik post dalam blog..huhuhu
Daging = 1 pikul (100 kati)
Ketumbar = secupak (digoreng, tumbuk dan kemudian diayak)
Cabai kering = 2 kati ( dijemur 2 hari dan tumbuk)
Jintan putih = 2 tahil (digoreng dan ditumbuk)
Jintan manis = 2 tahil (digoreng dan ditumbuk)
Lada hitam = 4 tahil ( digoreng dan ditumbuk)
Gula melaka = 6 buku
Kelapa = 90 - 100 biji
Kerisik = 10 biji, 2 biji digorengkan sahaja
Bawang putih = 2 labu
Lengkuas = 1 kilo (potong, ditumbuk dan airnya dibuang)
Bawang merah kecil = 5-6 kilo ( dihiris halus)
Bunga lawang = 10 kumtum (buang biji dan kemudian digoreng)
Buah keras = 8-10 biji (goreng dan ditumbuk)
Kulit kayu manis = 5-6 batang (diketuk)
Asam gelugur/keping = 5 keping
Daun kunyit = 10 helai (dihiris halus)
Serai = 1 besen besar (anggaran secupak)
Cara-cara:
1.Campurkan semua bahan diatas kedalam daging kecuali kelapa yang digoreng. Gaul hingga sebati.
2.Bila daging dah dekat nak masak baru masukkan kelapa goreng.
Showing posts with label ...Resipi.... Show all posts
Showing posts with label ...Resipi.... Show all posts
Wednesday, July 27, 2011
Friday, July 15, 2011
~ Apam manis warna warni ~
| Pulut + ragi |
Nak resipi klik sini..Tima kasih juga pada tikah n fida sebab sudi bagi resipi nie kat aku. Tapi yang nie aku pakai tapai pulut. Nanti nak cuba buat tapai guna beras pulak.
Subscribe to:
Posts (Atom)