Friday, March 23, 2012

.::Salam Jumaat::.

Assalammualaikum semua...

Bila dekat, tak rasa istimewa,  tapi bila jauh baru terasa rindu,

Bila abang aku ada rasa biasa jer, bila dia dah tak ada baru rasa kehilangan yang amat sangat sebab sekarang kalau panggil "ayang" dah tak ada sapa nak sahut tapi akan buat mak aku rasa sedih jer, dah tak ada orang yang akan komen kalu aku masak bergedil, dah tak dak orang nak panggil aku "ani", dah tak ada orang nak rembat remote tv dari aku, dah tak ada orang nak topup duit loan aku, dah tak dak orang nak tegur aku kalu aku marah safirah... : (

Haritu mak ada col ustaz tanya apa yang kita boleh sedekahkan pada arwah dan ustaz tu cakap kita boleh bayar fidyah, sedekahkan surah al-ikhlas 10,000 kali dengan sedekah dan niatkan atas nama arwah...

Lepas dah kehilangan baru rasa betapa ruginya dulu tak ambik berat, tak selalu msg tanya khabar dan sekarang semua msg dari keluarga aku simpan sayang nak padam....

p/s: bila anda, anda dan anda kehilangan salah seorang ahli keluarga, anda akan paham apa yang saya rasa... Love my family so much, kalian sentiasa dalam doa saya...

Thursday, March 15, 2012

.::AYANG dah tak ada::.

Assalammualaikum

Masa kat kampung hari tu Abah ada cakap dekat mak, wan dah selamat kat sana dan kiter yang hidup nie jer belum tentu dekat mana, lagipun dia tak pernah meninggi suara, redha kan pemergiannya kerana kita semua milik Allah...Dan ustaz dari sekolah tahfiz malim nawar cakap, banyakkan bersabar, jangan meratapi jenazah sebab akan meyakitinya dan allah lebih menyayangi dia..

Masa hari pertama buat tahlil kawan pengajian abah ada nampak Allahyarham pulang dengan pakaian putih dan berjanggut.. Wallahu a'lam (Dan Allah Yang Maha Mengetahui)..


5/3/2012-Kemalangan berlaku di Kota Tinggi, Johor dan Allahyarham Muhammad Hazwan Bin Ahmad   menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian.

6/3/2012-Jenazah sampai di kampung halaman Kampar, Perak pada jam 7 pagi dan dikebumikan di tanah perkuburan tualang sekah pada jam 9 pagi dan harinie merupakan hari pertama dan terakhir ani cium ayang..mak nak pergi hantar ayang tapi maktih semua tak bagi..

11/3/2012- Bakal tunang allahyarham, Fazlina othman datang ke rumah keluarga allahyarham untuk pulangkan semua barang milik allahyarham yang ada dalam bonet kereta dengan sebahagian dari barang pertuanangan mereka.

13/3/2012- mak pergi WD untuk urusan hal tempat kerja allahyarham. mak cakap depa tunjuk kat mana ayang duduk, meja ayang...

dan sekarang..kami masih belum dapt lupakan allahyarham..Tenanglah roh mu disana wahai abangku, allah lebih menyayagimu... Al-Fatihah

Tuesday, March 13, 2012

.::Semoga pahala Al-Fatihah kalian sampai ke mangsa kemalangan di Kota Tinggi-5/3/2012::.










"petikan dari surat kahabar utusan"

KOTA TINGGI 6 Mac - Hasrat seorang gadis mengikat tali pertunangannya pada 17 Mac ini tidak kesampaian apabila bakal tunangnya maut dalam kemalangan di Kampung Sri Jaya di Kilometer 28.5 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini semalam.

Lebih menyayat hati, tragedi pukul 2.40 petang itu turut meragut nyawa ibu dan kakak gadis tersebut.
Mangsa yang terbunuh ialah bakal tunang Fazlina Othman, 25, iaitu Muhammad Hazwan Ahmad, 25, serta ibu dan kakak Fazlina, Saemah Mantu, 65, dan Fatimah, 35.

Ketiga-tiga mangsa termasuk Fazlina dan seorang anak saudaranya, Ahmad Razim Faizal, 3, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung mereka di Felda Air Tawar 1, sebelum kereta dipandu Muhammad Hazwan bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan.

Dalam kejadian itu, Fazlina cedera di tangan kiri, manakala Ahmad Razim yang cedera di kepala kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).Pemandu lori berusia 33 tahun itu bagaimanapun hanya cedera ringan.

Jenazah Muhammad Hazwan yang berasal dari Kampung Pasir Kuala Dipang, Perak dikebumikan di kampungnya, manakala Saemah dan Fatimah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 1 , semalam.

Menceritakan kejadian itu, Fazlina yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik berkata, mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung setelah selesai urusan membeli barang keperluan persiapan pertunangan.

Menurutnya, ketika kejadian, dia yang duduk di bahagian penumpang depan tidur dan hanya tersedar selepas kereta Proton Saga BLM yang dipandu bakal tunangnya tiba-tiba bertembung dengan lori berkenaan.

"Saya terkejut dengan apa yang berlaku, namun reda dengan ketentuan ini.
"Apa yang lebih menyedihkan adalah hajat ibu untuk melihat majlis kami berlangsung tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi di sini.

Fazlina memberitahu, kepulangan mereka memang dinanti-nantikan ahli keluarga yang lain kerana mahu membincangkan persiapan majlis pertunangannya yang akan diadakan serentak sempena pernikahan abangnya pada 17 Mac ini.

Katanya, mereka bertolak ke Kuala Lumpur beberapa hari sebelum kejadian dengan menaiki bas dan pulang menaiki kereta yang dipandu bakal tunangnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa dari arah Kulaijaya ke Kota Tinggi hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.


Sumber: Utusan Malaysia

P/s: berita nie copy paste dari utusan online...tapi kak fazlina ada col mak dia cakap tak bagutau apa-apa pun pada wartawan..biarlah benda dah jadik..

" Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menerima segala ketentuanMu dan kami mohon agar Engkau tempattkan arwah bersama dengan orang-orang yang beriman dan ampunilah segala dosa-dosanya samaada yang nyata mahupun yang tersembunyi, hanya Engkau Yang Maha Mengetahuinya." amin.

.::6 golongan yang boleh tidur lewat::.

Assalammualaikum

Imam Ghazali ada menyebut, enam golongan yang boleh melewatkan tidurnya, iaitu :

1. Orang yang bermuzakarah ilmu
2. Orang yang ziarah orang sakit
3. Orang yang melayani tetamu di rumahnya
4. Orang yang ada perbincangan dengan keluarganya
5. Orang yang membaca Al-Quran
6. Orang yang menjaga maslahah kampung/tempat tinggalnya.

Hanya 6 golongan ini sahaja yang boleh tidur lewat kerana selepas ini kita ada tanggungjawab iaitu SOLAT SUBUH.


-petikan daripada ceramah " Di saat kematian - Ustaz Kasim Elias-