Showing posts with label ...Ceritera Mak Ayah.... Show all posts
Showing posts with label ...Ceritera Mak Ayah.... Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

~kaktus~

Bismillaahir rohmaanir rohiim

Kadang-kadang Allah turunkan musibah untuk buat hambanya berfikir dan insyaallah untuk menjadikan hambanya insan yang lebih baik dari sebelumnya (dr.maza)

Lepas ayang meninggal dunia baru aku tahu kenapa orang tanam bunga hidup atas kubur, kenapa orang letak batu sungai atas kubur..sebab benda hidup nie boleh mendoakan si mati...

So, semester nie aku pun decide nak bawak benda hidup, mula-mula nak bawak ikan tapi xjadik sebab ikan dekat kedai..hehe then bawak jer la apa yg ada dekat rumah..



Decide nak bawak kaktus nie pun, lepas prgi jalan cameron highland dengan status kaknyah yang baru iaitu isteri..hahaha poyoo pulak bunyi..ok la enjoy the photo : )


depan sekali nie adik aku amir, dia nie tak tahu la kata pelik suka sgt bergambo... mesti  ada muka dia..hehe best jugak la ada org yg suka snap pic kan.. so kita tumpang sekaki



saja suruh depa bergambar tiga orang supaya maksud signboard tu tercapai..apa aku merepek nie.. jgn mare



salad nie sedap..fresh jer bila mkn..boleh pilih nak beli yang mana..



kat sinie ada jual pokok halau nyamuk atau halau makluk halus kot..xingat dah nama pokok tu..first time dgr.. daaa

Thursday, May 17, 2012

..: jangan bersedey wahai hati:..

Assalammualaikum..




Banyak perkara yang difikirkan bila seorang hamba allah nie bercakap tentang kematian yang bebunyi " kesian dia meninggal di masa muda seawal 21 tahun dan tak ada anak yang akan mendoakannya...kalau nak harapkan adaik beradik..entahlah katanya"... perlu ker mengeluarkan kenyataan macam nie....

Mari kite fikirkan bersama...adakah kita pasti kematian akan menjemput kita semua apabila kita dah punya anak?? dah adakah kita  pasti apabila kita semua berkahwin pasti akan dapat anak?? dan yang paling penting adakah anak kita nanti akan mendokan kesejahteraan roh kita bila kita  dah meninngal??.....siapa la kita untuk pastikan kelancaran hidup nie...macam mana kalu tiba-tiba allah ambil nyawa kita masa tengah tidur..masa kite tengah buat kejahatan... Imam ghazali sindiri dah berpesan: "perkara yang paling hampir dengan manusia adalah kematian".....

semua yang terjadi hanya dengan izin allah dan tolonglah jangan nak cakap macam tu lagi lepas nie.. sedey sangat bila fikir : (....... insyaalah jika allah izinkan diri nie tak lupa untuk doakan arwah ayang....walaupun arwah meninngal di usia muda dan tak punya anak tapi insyallah  jika allah izinkan kami adik beradik akan sentiasa sedekahkan pahala al-fatihah dekat arwah setiap kali lepas solat....


Thursday, April 26, 2012

.:: Nombor satu bagi saya::.


Assalammualaikum..

Lagu terbaru "Maher Zain-Number one for me" betul-betul buat hati ni tersentap..rindu mak sangat-sangat


"You know you are the number one for me 
There’s no one in this world that can take your place
 I’m sorry for ever taking you for granted, 
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me"


Ya allah, yang maha agung, maha pemberi rezeki, maha melihat, maha pemurah lagi maha penyayang panjangkanlah umur ibu dan ayah kami kerana sesungguhnya kami tidak mampu hidup tanpa kasih sayang mereka, lindungilah mereka dan semoga ibu bapa kami sentiasa dalam peliharaan rahmat Mu, Ya allah izinkan lah hamba Mu ini pergi menemui Mu sebelum kedua ibu bapaku serta matikan lah kami, keluarga kami, serta saudara seagama kami dalam agama islam. aminn

Friday, March 23, 2012

.::Salam Jumaat::.

Assalammualaikum semua...

Bila dekat, tak rasa istimewa,  tapi bila jauh baru terasa rindu,

Bila abang aku ada rasa biasa jer, bila dia dah tak ada baru rasa kehilangan yang amat sangat sebab sekarang kalau panggil "ayang" dah tak ada sapa nak sahut tapi akan buat mak aku rasa sedih jer, dah tak ada orang yang akan komen kalu aku masak bergedil, dah tak dak orang nak panggil aku "ani", dah tak ada orang nak rembat remote tv dari aku, dah tak ada orang nak topup duit loan aku, dah tak dak orang nak tegur aku kalu aku marah safirah... : (

Haritu mak ada col ustaz tanya apa yang kita boleh sedekahkan pada arwah dan ustaz tu cakap kita boleh bayar fidyah, sedekahkan surah al-ikhlas 10,000 kali dengan sedekah dan niatkan atas nama arwah...

Lepas dah kehilangan baru rasa betapa ruginya dulu tak ambik berat, tak selalu msg tanya khabar dan sekarang semua msg dari keluarga aku simpan sayang nak padam....

p/s: bila anda, anda dan anda kehilangan salah seorang ahli keluarga, anda akan paham apa yang saya rasa... Love my family so much, kalian sentiasa dalam doa saya...

Thursday, March 15, 2012

.::AYANG dah tak ada::.

Assalammualaikum

Masa kat kampung hari tu Abah ada cakap dekat mak, wan dah selamat kat sana dan kiter yang hidup nie jer belum tentu dekat mana, lagipun dia tak pernah meninggi suara, redha kan pemergiannya kerana kita semua milik Allah...Dan ustaz dari sekolah tahfiz malim nawar cakap, banyakkan bersabar, jangan meratapi jenazah sebab akan meyakitinya dan allah lebih menyayangi dia..

Masa hari pertama buat tahlil kawan pengajian abah ada nampak Allahyarham pulang dengan pakaian putih dan berjanggut.. Wallahu a'lam (Dan Allah Yang Maha Mengetahui)..


5/3/2012-Kemalangan berlaku di Kota Tinggi, Johor dan Allahyarham Muhammad Hazwan Bin Ahmad   menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian.

6/3/2012-Jenazah sampai di kampung halaman Kampar, Perak pada jam 7 pagi dan dikebumikan di tanah perkuburan tualang sekah pada jam 9 pagi dan harinie merupakan hari pertama dan terakhir ani cium ayang..mak nak pergi hantar ayang tapi maktih semua tak bagi..

11/3/2012- Bakal tunang allahyarham, Fazlina othman datang ke rumah keluarga allahyarham untuk pulangkan semua barang milik allahyarham yang ada dalam bonet kereta dengan sebahagian dari barang pertuanangan mereka.

13/3/2012- mak pergi WD untuk urusan hal tempat kerja allahyarham. mak cakap depa tunjuk kat mana ayang duduk, meja ayang...

dan sekarang..kami masih belum dapt lupakan allahyarham..Tenanglah roh mu disana wahai abangku, allah lebih menyayagimu... Al-Fatihah

Friday, July 8, 2011

~ CUTI pulanglah ziarah ibu bapa ~

"Redha ALLAH SWT bergantung dengan keredaan ibu bapa, murka ALLAH SWT juga bergantung kepada murka ibu bapa."

Tapi jika kita semua lihat keadaan sekeliling, baca majalah dan akhbar tentang isu semasa pasti ada diantara kita yang lebih mementingkan keluarga sendiri daripada kebajikan ibu dan bapa di kampung. Bagi yang belum berkeluarga sendiri itu dan ini termasuk diri yang sedang menulis nie jadikan la semua tu sebagai iktibar dan pengajaran semoga kita semua dijauhi dan dilindungi oleh ALLAH dari bersikap buruk terhadap ibu dan ayah kita suatu hari nanti.

Mesti kita selalu ungkapkan ini, mula-mula nak habiskan belajar tak kira la spm, diploma, ijazah, master, PhD dan sewaktu dengannya la, lepas tu nak kerja, carik duit untuk balas jasa mak dan ayah yang selama nie dah banyak berkorban tenaga dan wang ringgit….maklum la duit pinjaman tu tak cukup (ate dah berbelanja melebihi kemampuankan) lepas tu baru la nak pikir pasal ehemehem.....hurmmm nie semua rancangan tapi bila dah sampai seru semua tu jadik abu, habuk, hama dan kutu kot..."manusia suka mendengar janji tetapi susah untuk melaksanakan janji."

Kadang-kadang kepala ini berfikir kenapa la manusia sekarang tergamak memperlakukan orang tua mereka dengan pelbagai perkara yang kadang-kadang susah untuk diterima akal.  Kita sebagai anak kena sedia maklum bahawa jiwa ibu bapa kita yang telah meningkat umur akan bertambah sensitif dan kadang-kadang manja terlebih cikit jer tapi tanpa mereka, kita tidak mungkin ada di muka bumi ALLAH SWT ini kan.

So bila ada cuti tu pulanglah ziarah mak dan ayah kita dapat pahalakan, bukannya susah pun.  Tapi jangan la pula bila susah baru cari mak ayah..." Belum gaji balik kampung, Bila gaji balik jumpa makwe dan sewaktu dengannya la"....

Ok la aku cuma nak kongsi artikel yang aku baca dari majalah Mingguan Wanita :

Rasulullah SAW juga pernah menitiskan air mata mendengar pergaduhan seorang lelaki tua tentang anaknya yang menderhaka; "Wahai Rasulullah, anakku yang telah aku didik, tetapi setelah dewasa dia menzalimiku.  Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan :

"Ketika engkau masih kecil
tangan ini yang telah memberikanmu makan.
Engkau minum juga aku yang tuangkan.
Apabila dirimu sakit,aku berjaga semalaman.
Kerana sakitmu itu, aku mengeluh kerisauan.
Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.
Kulihat pada dirimu apa yang tidak ku harapkan.
Kau balas aku dengan kekasaran.
Seakan-akan  nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinangan air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." (Ditakrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182.  Al-Baihaqi dalam al-sunan 16054)

p/s: Bagi yang masih punya mak ayah, hargai dan berbaktilah kepada mereka sebelum terlambat dan semoga kita semua dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT  dari berbuat jahat kepada orang tua kita...amin

Wednesday, June 29, 2011

Surat dari anak mak yang dah tak nakal

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...

Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...

Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..

Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...

Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...

Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...

Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...

Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...

Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...

Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...

Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...

Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...

Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...

Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...

Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...

Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
SUMBER: - Artikel iluvislam.com


Monday, May 23, 2011

emak!!mama!!bonda!!ibu!!