Tuesday, November 7, 2017

Kematangan

"Kematangan tak datang dengan bertambahnya usia
Tetapi diukur dengan sikap mulai menerima tanggungjawab"

Tuesday, September 5, 2017

Kek pandan cheese leleh versi kukus

Assalammualaikum

Kali nie cuba kek pandan cheese leleh tapi versi kukus.

Bahan bahan kek pandan.

Bahan A:
5 biji telur
1 cawan gula kastor
2 sk perisa pandan (blenderkan daun pandan bersama air)
1sk pewarna hijau
1sk esen vanilla
1/4 cawan minyak jagung/minyak zaitun/minyak masak

Bahan B:
1 cawan tepung kek blue key
1 cawan tepung gandum
1sk soda bikarbonat
1sk serbuk penaik
1sk cream of tartar (untuk bg kek ringan, kalau x ada pun tak pa)

Cara - cara
1. Satukan telur dan gula putar 15 ke 20 minit sampai pekat melikat. Kemudian baru campurkan semua bahan A yang lain.
2. Kemudian satukan bahan B ke dalam bahan A guna tangan. Kacau perlahan lahan guna kaedah kaup balik jer.
3. Kemudian boleh kukus selama 45 minit ke 1 jam.

Topping cheese leleh

Untuk layer bahagian tengah:
1 paket cream cheese (250 gm)
1/4 cawan whipping cream/susu segar /susu cair
1/4 cawan susu pekat

Untuk bagi leleh di bahagian atas:
tambah 1/2 cawan whipping cream/susu segar/susu cair ke dalam baki bancuhan layer tadi.

kemudian boleh tabur cheese atas kek yang dah siap tadi.

Selamat mencuba (@@)

Thursday, August 31, 2017

Kek pandan layer kastard..sedapp


Asalammualaikum

Kek sponge pandan layer kastard nie kali ke 3 buat, sambil cuba resipi yang pelbagai mengikut bahan bahan yang ada dekat rumah.





bahan-bahan kek sponge pandan:

Loyang 8"

5 biji Telur  (asingkan kuning dan putih)
125 gm tepung kek/tepung gandum
*1sk baking powder (kalau guna tepung kek tak payah letak yer)
160 gm gula kastor  (bahagi 2, separuh letak dalam meringue, separuh lagi putar dgn kuning telur)
75 gm minyak jagung / minyak masak
15 gm ovallete ( kalau tak ada tak payah letak )
1 sk esen vanilla
2 sb jus pandan / blender daun pandan
2 sb susu segar / susu cair (apa apa jenis susu pun boleh)
1sk pewarna hijau ( bagi warna hijau tu cantik berseri)

Cara-cara buat kek sponge pandan:

1. Asingkan putih telur dan kuning telur
2. Putar putih telur campur gula sampai jadi meringue (sampai bertanduk kalau kita terbalikkan bekas putih telur tu elok jer bentuk asal dia). Kalau dah siap meringue ketepikan.
3. Putar kening telur bersama gula, minyak masak/minyak jagung, ovallete, pes pandan, esen vanilla
4. Campurkan tepung kek/ tepung gandum ke dalam bancuhan tadi.
5. Masukkan adunan meringue kedalam bancuhan telur kuning + tepung kek tadi.
6. Kemudian masukkan 2 sb susu segar/ susu cair.
Bakar pada suhu 130 darjah celcius selama 30minit...ikut oven masing2 ya

Bahan bahan layer kastard:
1050 ml santan ( tak kisah berapa bnyak santan korang ada then cairkan dgn air) kalau guna susu cair sepenuhnya nanti bancuhan kastard lembik sikit.
225 gm gula kastor
10 gm serbuk agar -agar (sepeket)
100 gm tepung hoen kwe (warna hijau)
75 ml jus pandan ( blender daun pandan dgn 75 ml air kemudian tapis)
Secubit garam

Cara - cara buat layer kastard:
1. Satukan kesemua bahan then kacau atas api sampai dia pekat melikat.

Jom layan gambar:

Bahan-bahan kek dan kastard


Putar putih telur sampai bertanduk (meringue)









Kek sponge pandan



Lepas tu past paling excited ....

Boleh la korang layerkan
1. Adunan kastard
2. Kek sponge pandan
3. Adunan kastard
4. Kek sponge pandan
5. Adunan kastard.

Simpan semalam dalam peti baru sedap...tapi kalau buat pagi petang pun dah boleh makan...sedapp

Tuesday, August 15, 2017

HOMESTAY KAMPAR, PERAK

Selamat Datang ke AL-KAUSAR HOMESTAY BANDAR BARU KAMPAR PERAK MALAYSIA


Rumah penginapan yang selesa untuk percutian keluarga, rombongan pengantin, kursus, majlis konvokesyen dan lain lain.


ANTARA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air

BILIK TIDUR UTAMA
  • Air Cond
  • 1 Set katil queen
  • Almari pakaian
  • Almari make up
  • Tuala dan Sejadah
BILIK TIDUR KEDUA
  • Air Cond
  • 1 Set Katil queen
  • Almari pakaian
  • Almari make up
  • Tuala dan sejadah
  • Telekung solat untuk wanita
  • Kain pelikat solat untuk lelaki
BILIK TIDUR KETIGA
  • Air Cond
  • 1 Set Katil Bujang
  • 1 Set tilam Extra
  • Almari Pakaian
  • Tuala dan sejadah solat
ANTARA KEMUDAHAN LAIN SEPERTI:
  • TM WiFi disediakan
  • 1Set sofa
  • TV (ASTRO NJOI)
  • Set meja makan
  • Mesin basuh
  • Peti ais
  • Dapur memasak berserta gas dan kelengkapan memasak
  • Set pinggan magkuk
  • Rice cooker
  • Basikal senaman
  • Ampaian pakaian
KEMUDAHAN TAMBAHAN SEPERTI:
  • 1 set extra tilam bujang
  • Extra selimut disetiap bilik
  • Extra bantal disetiap bilik
  • Tuala dan sejadah
KADAR SEWA
RM200/ 1 malam

Check In TIme: 2PM
Check Out Time: 12 PM

BERMINAT BOLEH HUBUNGI:

PUAN SAMSIAH : 019-433 6756

GAMBAR HOMESTAY:

Hadapan rumah



Ruang dalam rumah

Ruang tamu


TV

Bilik tidur utama


Bilik tidur utama

Bilik tidur kedua

Bilik tidur kedua


Bilik tidur ketiga

Bilik air



Peralatan sukan tambahan

Meja makan


Ruang dapur



TEMPAT MENARIK BERDEKATAN ALKAUSAR HOMESTAY:



To Starbuck, Mc Donald, Secret Recipe, Econsave supermarket - 350 M
To Akademi Darul Quran Darul Huffaz  - 800 M
To Petronas, 7-eleven - 1 KM
To Pekan Kampr - 1.5 KM
To TAR kolej - 1.5 KM
To Universiti TAR - 2 KM
To Tesco - 3 KM
To Giant - 3.3 M
To Gua Tempurung,Gopeng - 15KM
To UiTm Cawangan Perak kampus Tapah - 28 KM

HANYA UNTUK MUSLIM SAHAJA!!


Monday, December 19, 2016

Think and Thank



There is nothing either good or bad,
but thinking makes it so.
                                                      -Shakespeare




Thursday, January 7, 2016

Lazada Return Policy Review

Semoga membawa manfaat

Nak share sikit pengalaman online shopping dengan lazada, yang super duper payah sikit Kali nie.

Ak order jam tangan, kononnya dari luar negara so tempoh masanya akan lambat la kan.  Surprise!!! Tup tup sampai awal bila bukak bungkusan terkejut lagi...kaca dia pecah retak terbelah aishhh geram betul.

Punya la banyak payah, menyusahkan, lambat return policy under lazada nie:

Step 1:
Snap pic barang yang mengalami kerosakan.

Step 2:
Email pic kerosakan barang yang ak terima tu.

Step 3:
Kena pos barang berserta print out pelbagai dokumen :-

1. Print out bukti belian yang lazada akan email dekat korang tu bila korang place order.
2. Print bukti bayarannya (ak bayar guna on9 bankin so kena search email ipay88 tu balik)
3. Print return form yang korang kena isi dekat website lazada (nie memang masalahnya, jam yang ak order sampai awal dari tarikh so dekat website memang  tulis barang belum sampai so kalau belum sampai korang x akan dapat nak fill return form tu, so berbalas email la ak dengan lazada beberapa Kali pun x tahu la tapi lastnya depa update dekat website  so boleh la fill return form tu)

Step 4:
Pos barang yang rosak berserta segala macam dokumen yang korang dah print out tu.

Step 5:
Korang kena infrm dekat lazada yang korang dah pos berserta tracking no.

Step 6:
Korang akan diupdate barang yang korang pos masih belum sampai berserta 'amaran' yang barang hanya boleh dipulangkan dalam masa 7-14 hari sahaja (masa ak pos out tu hari rabu secara kebetulan hari khamis(cuti maulud nabi) hari jumaat (cuti krismas) so memang la pos laju x jalan. Haishh sabar bebanyak berurusan dengan lazada Kali nie.

Step7:
Lazada akan maklumkan bila barang yang diterima tapi peliknya bukan by SMS tapi by email. Ye la sntiasa hantar SMS maklumkan barang belum sampai tapi bila sampai sonyap ja tup tup bukak email baru cnfrm yg barang korang send dah sampai kalau belum atau tak ada tindakan dari azada korang print screen dari website poslaju tu send pada lazada.

Step 8:
Menanti Dan terus menanti untuk tujuan kelulusan la konon seriously sangat lama baru mereka akan respon. Ak sent email sntiasa dalam tempoh nie.
 

Bayaran pada 12/12/2015 -15/1/2016 masih belum selesai.

P/s: aku pernah beli barang dari grouponmalaysia, beli sportcamera bila sampai x boleh on, return policy sangat mudah dengan grouponmalaysia. Ak sent email berserta gambar Dan alasan untuk pulangan, by a few days kalau x salah sehari ke dua hari lepas tu ak terus pos out barang yang rosak then bila sampai dekat penjual tu terus depa pos balik pada aku. Dengan grouponmalaysia ak tak print out satu dokumen pun.. Kalu rajin ak buat entry return policy grouponmalaysia.

OK. Nnti ak update bila barang sampai ya.

Wednesday, December 31, 2014

Koleksi kain lace (bandung)

Jom cuci mata di ig kami @alkausar.co


Ada pelbagai stok kain lace ready stock yang terbaru...tak perlu tunggu lama untuk sampai ke tangan anda.  Berminat hubungi no di bawah.tq
















Berminat boleh whatsapp 0175215702❤️✨. TQ