Thursday, August 31, 2017

Kek pandan layer kastard..sedapp


Asalammualaikum

Kek sponge pandan layer kastard nie kali ke 3 buat, sambil cuba resipi yang pelbagai mengikut bahan bahan yang ada dekat rumah.





bahan-bahan kek sponge pandan:

Loyang 8"

5 biji Telur  (asingkan kuning dan putih)
125 gm tepung kek/tepung gandum
*1sk baking powder (kalau guna tepung kek tak payah letak yer)
160 gm gula kastor  (bahagi 2, separuh letak dalam meringue, separuh lagi putar dgn kuning telur)
75 gm minyak jagung / minyak masak
15 gm ovallete ( kalau tak ada tak payah letak )
1 sk esen vanilla
2 sb jus pandan / blender daun pandan
2 sb susu segar / susu cair (apa apa jenis susu pun boleh)
1sk pewarna hijau ( bagi warna hijau tu cantik berseri)

Cara-cara buat kek sponge pandan:

1. Asingkan putih telur dan kuning telur
2. Putar putih telur campur gula sampai jadi meringue (sampai bertanduk kalau kita terbalikkan bekas putih telur tu elok jer bentuk asal dia). Kalau dah siap meringue ketepikan.
3. Putar kening telur bersama gula, minyak masak/minyak jagung, ovallete, pes pandan, esen vanilla
4. Campurkan tepung kek/ tepung gandum ke dalam bancuhan tadi.
5. Masukkan adunan meringue kedalam bancuhan telur kuning + tepung kek tadi.
6. Kemudian masukkan 2 sb susu segar/ susu cair.
Bakar pada suhu 130 darjah celcius selama 30minit...ikut oven masing2 ya

Bahan bahan layer kastard:
1050 ml santan ( tak kisah berapa bnyak santan korang ada then cairkan dgn air) kalau guna susu cair sepenuhnya nanti bancuhan kastard lembik sikit.
225 gm gula kastor
10 gm serbuk agar -agar (sepeket)
100 gm tepung hoen kwe (warna hijau)
75 ml jus pandan ( blender daun pandan dgn 75 ml air kemudian tapis)
Secubit garam

Cara - cara buat layer kastard:
1. Satukan kesemua bahan then kacau atas api sampai dia pekat melikat.

Jom layan gambar:

Bahan-bahan kek dan kastard


Putar putih telur sampai bertanduk (meringue)









Kek sponge pandan



Lepas tu past paling excited ....

Boleh la korang layerkan
1. Adunan kastard
2. Kek sponge pandan
3. Adunan kastard
4. Kek sponge pandan
5. Adunan kastard.

Simpan semalam dalam peti baru sedap...tapi kalau buat pagi petang pun dah boleh makan...sedapp

No comments:

Post a Comment