Wednesday, December 31, 2014

Koleksi kain lace (bandung)

Jom cuci mata di ig kami @alkausar.co


Ada pelbagai stok kain lace ready stock yang terbaru...tak perlu tunggu lama untuk sampai ke tangan anda.  Berminat hubungi no di bawah.tq
















Berminat boleh whatsapp 0175215702❤️✨. TQ 

Tuesday, December 30, 2014

Homemade dadih

Salam semua 

First time buat dadih sangat teruja sebabnya sebelum nie beli dadih segera kat pasar raya tu jer. Resipinya simple sangat, dah kali ketiga buat ikut resipi nie, insyaallah jadi... Jom try ;)

Bahan-bahan:
10gm dadih bertali
3 liter air
1 1/2 cawan gula
200gm susu tepung (1st & 2nd ak guna susu higoat, 3rd trial guna susu fernleaf)
1 tin susu cair
1 sdt esen vanilla
*perisa coklat, jagung, moca dan sebagainya ikut selera masing-masing 

Cara-cara: 
1. Masukkan agar-agar kedalam air
2. Apabila mendidih masukkan gula 
3. Kemudian masukkan susu cair dan susu tepung(cairkan dengan sedikit air untuk elakkan tepung berketul).
4. Masukkan esen vanilla dan perisa yang disukai. 
5. Siap sudah

* gambar nie masa cubaan kedua buat dadih :) 



Masukkan sedikit air suam kedalam susu tepung.



* yang nie pulak gmbar untuk cubaan ke tiga. Tiga perisa ak buat susu, coklat dan mocha hihi




Selamat mencuba, simple jer rugi tak cuba

Monday, December 8, 2014

Kek coklat kukus beryogurt (super moist)

Assalammualaikum, 

Alkisah kek coklat kali nie beryogurt sebabnya bukak peti ais ada yogurt perisa asli nak makan macam xada selera so apalagi menggoogle resipi yang guna yogurt..maka terjumpa la resipi kat bawah nie.. Maaf sgt sumber xingat dari mana tapi aku share screen shoot dari yg aku copy tu yer..


Yg nie resipi aku guna ikut bahan yang ada kat rumah jer..

Bahan kek:
2 cawan tepung gandum* 
2 st baking powder*
1 st soda bikarbonate*
3 biji telur**
1st esen vanila**
1 cawan minyak masak***
1 cawan susu pekat manis***
1 cawan air suam***
1 cawan serbuk koko***
1 cawan gula pasir***
1 cawan yogurt plain/asli

Cara-cara
1- campur semua bahan bertanda * dan ayakkan.

2- pukul telur selama 5 minit bersama esen vanila


-Ini rupa telur yang dah diputar tadi-

3- campur kesemua bahan bertanda *** kemudian kacau hingga sebati menggunakan mixer atau tangan pun okeh



4- kemudian masukkan telur yang telah diputar tadi kedalam bancuhan no3. 



5- apabila sudah sebati masukkan tepung di selang selikan dengan yogurt.

-masukkan tepung-

-diselang selikan dengan yogurt-

6- resipi asal bakar menggunakan oven tapi aku guna kaedah kukus jer selama 1 jam .


Ini hasilnya taraaa
-gelap picnya pun udah malam baru  sempat siap hias krim icing dengan ganache-

-__-