Tuesday, August 23, 2011

Suamiku makan darah haid dan air maniku

 Assalamu'alaikum

Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Saya just copy paste jer kat sini, untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Sambung sini

Monday, August 22, 2011

Tanda -Tanda Malam al-Qadar


Kata orang lihat pada sebelah paginya : tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana"terlepas" malam al-Qadar.
Satu SMS menyatakan," Ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) Lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa.
Rasa rugi kalau terlepas!" Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan al-Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya. Lalu saya balas SMS itu dengan kata, " Jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi "hamba" malam al-Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja."


Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat al-Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat al-Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam al-Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya "diangkat" oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat al-Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.
Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas "malam tadi"(malam yang dirasakan malam al-Qadar) apakah sudah berubah, terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya, kita telah mendapat malam al-Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya, malam al-Qadar sudah menjadi milik kita!
Malam al-Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.
Salah satu urusan ialah "bertamu dalam hati" orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari Syaitan) dalam hati orang tersebut.
Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan "hati kecil" yang suci dan baik. Kedua, bisikan "hati besar" yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara Malaikat dan Syaitan.Antara ilham dan was was. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh "penakluknya".
Orang yang mendapat malam al-Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan, maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.
Itulah hati orang yang telah mendapat malam al-Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara. Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam al-Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.
Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada al-Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam al-Qadar. Al-Qadar boleh datang, boleh pergi, tetapi Penciptanya sentiasa ada, sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam al-Qadar ini (1430 h) atau dalam perjalanan menuju malam al-Qadar nanti.
Persediaan menenemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk "menemuinya". Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku. Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

Sumber: klik sini

.::Rasa hati ramadhan::.

assalam'alaikum....harinie kita semua dah berpuasa 22 harikan...tolak tambah baru bapa kali erk g terawih, baca quran, sedekah....hurm 22-7-? +? = semoga semua amalan yang kita buat ikhlas kerana Allah dan semoga diterima..amin...

Wahai hati rasa apakah engkau sekarang?? hati ak jawab dia rasa sedey sebab takut xdapat jumpa ramadan tahun depan n gembira sangat sbb tahun nie dapat puasa sebulan dengan family maklumla tahun sudah puasa kat kampus mmng pengalaman yg 1st time aku tempuh berbuka puasa sengsorang dah jadik lumrah...

Sekarang nie cuma tinggal kurang tambah 3 minggu jer aku kat kampung pas nie dah kena balik kampus.. : ( rasa x semangat jer nak balik...kenapa mesti rasa macam nie wahai hatii.....

.::lelaki, wanita dan kehidupan::.

Asalammualaikum......dah lama rasanya aku tinggalkan laman sesawang nie...so memula nie nak share entry best yang aku ambik dari member yang aku x berapa nak kenal tapi dok satu negeri agaknya...hehehe



Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK
Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK
Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG
Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH

Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA
Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH
Apa guna pangkat beSAR...kubur dah dekat pun masih tak seDAR


 Perempuan yang tak cantik, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbg manis.Perempuan yang tak kaya, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbg seorang yg redha.
Perempuan yang keturunan tak berdarjat, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia seorang yg rendah diri.Perempuan yang tak pandai, tapi kerana agama, kau akan nampak dia sbgi seorang ibu mithali.



Saturday, August 13, 2011

.::idEa OH iDeAaa::.

Asalammualaikum semua...aku dah lama nak post benda nie..tapi sibuk memanjang...skrg nie mood nak beraya ..hehehe..tahun nie my mom baru nak berjinak-jinak jual kuih raya so aku yang dok umah memanjang kena la jadik pembantu setia....tak sempat den nak carik idea jahit manik...




Baju uniform masa belaja giatmara dulu  tp sebab ak xmau pakai baju kosong ala-ala baju boria ak tambah manik ngan sulam.. : )

Masa nie ak x pandai g nk wat bentuk bunga g tp tahun nie insyaallah boleh kot..

zzzzzzzz.....

Wednesday, August 3, 2011

.::OH TIDAKKK::.

TAK HALAL...sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM, terkelu lidah bila baca myMetro online arinie.. kalau tak salah benda nie ada jual kat uum jugak.


Ya Allah jika benar ianya haram maka Engkau bersihkanlah ia dari tubuh badan kami kerana kami tidak mengetahuinya.

"mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim"

Monday, August 1, 2011

.::Istimewanya Ramadhan::.

Di antara amalan-amalan yang istimewa dibulan Ramadhan ialah:

Solat Terawih


Dari Abdurrahman Ibnu 'Auf r.a, Nabi s.a.w bersabda: " Bhawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadhan, dan saya telah mensunnahkan berdiri pada malamnya (bersolat terawih), kerana mengharapkan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan sembahyang solat terawih pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya."


Bertadarus
Menanti Lailatul qadar

Iktikaf di masjid
Ibnu Rejab berkata: "Iktikaf adalah memutuskan hubungan dengan makhluk, untuk menghubungkan diri dengan Khalik(ALLAH) dengan jalan perkhidmatan atau pengabdian."

Bersedekah
Berzikir dan beristighfar


Sumber: Amalan istimewa bulan ramadan (HoMe CoLLectiOn)