Showing posts with label ...Ceritera Cinta.... Show all posts
Showing posts with label ...Ceritera Cinta.... Show all posts

Friday, January 27, 2012

.::UmUR iTu aMaNaH::.

Assalammualaikum..

Tinggal beberapa jam jer lagi 27-1-2012 akan melabuhkan tirai dan bertambah la umor en. sorang tu..

SeLaMaT HaRi LaHiR
SeMoGa DiKurNiakN UmOr YaNg BerManFaaT
KeSihaTaN YaNg SeNtIAsa OkEy-OkEy JeR
AkHLak YaNg TerpUJi
ReZeKi YaNg haLaL LaGie DiBeRkATi
JoDoH YanG MeMbAhAGiaKan
DaN
SeMoGa DipErTeMuKaN DenGan PENCIPTAMU 
PaDa HaRi YanG BaEk,daLaM KeAdaAn YaNg BeRiMAn daN KeAdaaN YanG BaEk..
Aamiin..











Monday, August 22, 2011

.::lelaki, wanita dan kehidupan::.

Asalammualaikum......dah lama rasanya aku tinggalkan laman sesawang nie...so memula nie nak share entry best yang aku ambik dari member yang aku x berapa nak kenal tapi dok satu negeri agaknya...hehehe



Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK
Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK
Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG
Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH

Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA
Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH
Apa guna pangkat beSAR...kubur dah dekat pun masih tak seDAR


 Perempuan yang tak cantik, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbg manis.Perempuan yang tak kaya, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbg seorang yg redha.
Perempuan yang keturunan tak berdarjat, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia seorang yg rendah diri.Perempuan yang tak pandai, tapi kerana agama, kau akan nampak dia sbgi seorang ibu mithali.



Tuesday, June 7, 2011

couple is trouble..single is simple....

Sesapa yang sedang melalui saat indah percintaan mesti tak setuju tau pun melenting ngan tajuk kiter nie kan... tapi lain plak citer bg individu yang pernah melalui saat perit, masam, masin, payau tau serik bercinta mesti setuju kot....tapi tak kisah la apa pun yang kiter semua rasa sekarang yang penting jangan terlampau bergantung harap pada si dia dan bercinta ala kadar jer la asalkan tak melampaui batas lagi pun belum tentu pasangan kiter akan jadik suami kiterkan...

But kiter memang suker baca tau dengar story orang laen untuk jadik kan pengajaran wat diri sendiri, betul x??.....kiter dah selalu dengar kan kisah tentang orang yang bertunang ngan orang lain kawin ngan org lain, bercinta bertaun-taun lepas tu putus n mcm-mcm g la .... so peringatan untuk diri sendiri dan saudara sesama islam bercinta biar berpada-pada dan jagalah maruah diri....jadilah mawar berduri...


Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.  Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri.  Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.  Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.  Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’.  Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya..








Friday, May 27, 2011

Tolong ingatkan saya...

@ini cerita bukan sal lagu anna raffali k@
Masa ngah belek-belek laci kiter t'jumpa buku masa belaja F.5 rasernya...Dulu masa sek ak suker giler baca novel tp skrg suka cuma dah xdak masa sgt n yg penting xdak pembekal..hahaha...Dulu mana x layannya kan dah kat library sekolah tu penuh novel jer kot..siap tukar-tukar ngan kawan-kawan g masa dulu...sapa yang kaki novel mst tau ayat kat bawah nie dr novel manakan......copy paste dr novel mana dah x ingat la pulak tapi kiter memang tersentuh bila baca ayat nie...huhu....

Layan jerk k...

Tolong ingatkan saya...
Andai saya terlupa Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolang ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupa jangan
Usah dilukai Hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
Supaya ingat pesan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan saya
Dengarlah dan bacalah Al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
Dimana islam zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketatkan atau dijarangkan

Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah kerana Nya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga disana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
Diri ini milik Yang Kuasa
kepada Nya jiwa diserahkan
Segalanya Dialah tumpuan

Thursday, May 26, 2011

Tak usahlah sebut pasal CINTA...


Tak usahlah sebut pasal cinta, jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah..

Tak usahlah bercakap pasal perasaan, jika si dia tidak berada didalam hati...

Tak usahlah menujukan kedada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda...

Tak usahlah sebut cinta abadi, jika ada dihati anda untuk berpisah..

Tak usahlah memandang anak matanya jika anda berbohong kepadanya..

Tak usahlah menyebut hello, jika kelak anda akan mengucapkan selamat tinggal...

Tak usahlah kata kan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi...

Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

Sememangnya sesuatu yang kita pandang dari jauh lebih memikat sehinggalah kita mendekatinya.  Seperti kita menyangka pantai selalunya nyaman udaranya dan halus pasirnya.  Tetapi setelah didekati, tidak sepanjang masa bayu laut menghembus, tidak semua pantai pasinya halus dan bersih.