Layan jerk k...
Tolong ingatkan saya...
Andai saya terlupa Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolang ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupa jangan
Usah dilukai Hati dan perasaan
Tolong ingatkan saya
Supaya ingat pesan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan
Tolong ingatkan saya
Dengarlah dan bacalah Al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh hindustan
Tolong ingatkan saya
Dimana islam zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketatkan atau dijarangkan
Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah kerana Nya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga disana menjadi bekalan
Tolong ingatkan saya
Diri ini milik Yang Kuasa
kepada Nya jiwa diserahkan
Segalanya Dialah tumpuan
No comments:
Post a Comment