Thursday, May 26, 2011

Insan bergelar wanita

Alangkah beruntungnya anda menjadi wanita.  Anda mendapat semua hak yang telah ditentukan.  Malah, dalam Islam, anda terbela, dihormati dan diberikan hak-hak tertentu serta peranan anda terhadap kecemerlangan insan sentiasa diakui.

Kalau dibandingkan dengan zaman pemerintahan Yunani dan Rom, wanita pada zaman itu tidak pernah mendapat kedudukan dalam masyarakat.  Kehidupan orang Yunani dan Rom pada zaman dahulu kala, terdapat perenggan yang menyatakan wanita pada zaman itu dikurung, di dalam rumah.  Mereka juga tidak diberikan hak untuk menuntut ilmu dan tidak berhak menerima pusaka.  Lebih mendukacitakan, mereka boleh dihalau keluar dari rumah pada bila-bila masa sahaja tanpa pembelaan undang-undang

Sulitnya menjadi wanita pada zaman itu tergambar melalui beberapa peralatan yang turut dipaparkan, gunanya untuk mendera atau menghukum wanita yang berbuat salah.  Dalam kitab “suci” orang Yahudi dipanggil “Talmud” menyebut, seorang bapa yang susah hidupnya boleh menjual anak perempuannya bersama-sama kumpulan hamba bagi mengatasi kemiskinan.  Selain itu lelaki Yahudi pada zaman dahulu juga boleh melakukan apa sahaja kepada isteri mereka.  Dia boleh menikmatinya seperti mana dia menikmati seketul daging yang dibeli di pasar, sama ada dengan merendam, membakar atau melemparkan saja jika tidak disukai.

Beruntung wanita pada zaman kini, apalagi melalui Islam, martabat wanita telah diangkat ke tempat yang sewajarnya.  Oleh itu buat semua wanita, dunia ini penuh ranjau dan dugaan, dunia ini penuh tipu daya dan syaitan, jangan anda lalai tanpa tujuan kerana dunia yang indah ini adalah persinggahan sementara untuk insan, dunia yang indah ini adalah ujian.

Sumber: Dr. HM Tuah Iskandar al haj

No comments:

Post a Comment