Friday, May 27, 2011

Banyak lebihnya menjadi WANITA

  1.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  2. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebaikan.
  3. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka ALLAH memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH
  4. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  5. Barangsiapa membawa hadiah( barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti bersedekah.  Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.  Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s
  6. Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukan dia kedalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 Tahun).
  7. Perempuan apabila Sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatan matanya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  8. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  10. Wanita yang tinggal bersama-sama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam Syurga.
  11. Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya Syurga.
  12. Daripada Aisyah r.a barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api Neraka.
Semoga anda semua berasa beruntung menjadi wanita 

No comments:

Post a Comment