Showing posts with label ...Ceritera Wanita Hari Ini.... Show all posts
Showing posts with label ...Ceritera Wanita Hari Ini.... Show all posts

Saturday, September 29, 2012

...Gubahan tuala..

Assalammualaikum semua..

Berjaya jugak kitaorang menyiapkan gubahan masing-masing..mula-mula macam tak percaya pun ada masuk pertandingan gubahan..mana taknya sebelum nie mana reti cara nak lipat tuala jadik berbagai bentuk...tu la masa mak aku siapkan hantran my sis tak mau tolong..sekarang padam muka kan....tapi tak pa la segalanya dah selesai n kitaorg semua dah berjaya menghasilkan GUBAHAN TUALA dengan gaya yang tersendiri..hihihi : )







Hasil tangan dari semua peserta

Thursday, September 27, 2012

..my bad day..


Asalammualaikum..

Segala yang aku rasa pagi tadi semuanya dah terjawab...balik kelas tadi dengan berebut lelaki perempuanny naek bus dalam kampus..malas nak cerita dah situasi kat situ.., lepas tu singgah kafe dalam hati punya la mengutuk mengata owner kafe tu ...polistren makanan bukan main nipis lagi.. agaknya kalu kat kilang ada jual lagi nipis mesti depa dok beli yang tu....masa nak bayar purse aku pulak tertinggal kat bilik...selamat la dan tu kata tak pa nanti bayar pun ok..huhuhu malu la jugak disitu..

kemuncak hari yang tak bertuah aku dah nak sampai nie... masuk kelas far tetiba aku rasa da vibrate ..rupa-rupanya h/p aku berbunyi la pulak...aduii dalam hati kata habis la mesti kena rampas nie...huh dah agak dah lepas berbunyi terus puan tu datang kat aku mintak mai h/p ak..huh geram  tol kat h/p tu... aku dah off tapi alarm still nak berbunyi g..tapi x mau la geram sangat sebab tu h/p arwah abang ak...tak pa la bagi h/p tu rehat seminggu...

nak bagi hati aku sedap say “say tak pa la wani tu semua kafarah dosa yang aku buat harinie”..hah tu la sapa suh membalas perbuatan jahat orng lain dengan perkara jahat jugakkan...padam muka diri sendiri...hopefully may bad day will end tomorrow dengan harapan aku dengan kengkawan aku boleh menang pertandingan gubahan tuala tu..hahaha berangan la wani lipat 4 segi jer  yang tau ada hati nk menang..huhu tak pa la belasah jer la esok yang penting dapat sira n sijil...

Friday, June 24, 2011

Racun dan penawar

Lembut wanita kerana senyumannya,

Cekal wanita kerana beraninya,

Patuh wanita kerana kesetiaannya,

Sabar wanita kerana imannya,

Kasih wanita kerana belaiannya,

Lemah wanita kerana air matanya,

Ikhlas wanita kerana simpatinya,

Pendam wanita kerana cemburunya,

Sayang wanita kerana sikap keibuannya,

Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
  
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah

Friday, May 27, 2011

Banyak lebihnya menjadi WANITA

  1.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  2. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebaikan.
  3. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka ALLAH memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH
  4. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  5. Barangsiapa membawa hadiah( barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti bersedekah.  Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.  Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s
  6. Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukan dia kedalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 Tahun).
  7. Perempuan apabila Sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatan matanya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  8. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  10. Wanita yang tinggal bersama-sama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam Syurga.
  11. Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya Syurga.
  12. Daripada Aisyah r.a barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api Neraka.
Semoga anda semua berasa beruntung menjadi wanita 

Thursday, May 26, 2011

Tanpa wanita siapalah lelaki..

“Woman without her man is nothing”
  •  “Woman, without her man, is nothing.” 
                               OR
  •  “Woman! Without her, man is nothing.”
“You can be what you want to be.”


Sebenarnya pilihan terletak ditangan kita sendiri, sebagaimana kita bebas untuk meletakkan tanda bacaan pada frasa-frasa yang kita tulis, demikian jugalah dalam kehidupan.  Kita bebas untuk meletakkan sebarang target dan intonasi yang tertentu...




Insan bergelar wanita

Alangkah beruntungnya anda menjadi wanita.  Anda mendapat semua hak yang telah ditentukan.  Malah, dalam Islam, anda terbela, dihormati dan diberikan hak-hak tertentu serta peranan anda terhadap kecemerlangan insan sentiasa diakui.

Kalau dibandingkan dengan zaman pemerintahan Yunani dan Rom, wanita pada zaman itu tidak pernah mendapat kedudukan dalam masyarakat.  Kehidupan orang Yunani dan Rom pada zaman dahulu kala, terdapat perenggan yang menyatakan wanita pada zaman itu dikurung, di dalam rumah.  Mereka juga tidak diberikan hak untuk menuntut ilmu dan tidak berhak menerima pusaka.  Lebih mendukacitakan, mereka boleh dihalau keluar dari rumah pada bila-bila masa sahaja tanpa pembelaan undang-undang

Sulitnya menjadi wanita pada zaman itu tergambar melalui beberapa peralatan yang turut dipaparkan, gunanya untuk mendera atau menghukum wanita yang berbuat salah.  Dalam kitab “suci” orang Yahudi dipanggil “Talmud” menyebut, seorang bapa yang susah hidupnya boleh menjual anak perempuannya bersama-sama kumpulan hamba bagi mengatasi kemiskinan.  Selain itu lelaki Yahudi pada zaman dahulu juga boleh melakukan apa sahaja kepada isteri mereka.  Dia boleh menikmatinya seperti mana dia menikmati seketul daging yang dibeli di pasar, sama ada dengan merendam, membakar atau melemparkan saja jika tidak disukai.

Beruntung wanita pada zaman kini, apalagi melalui Islam, martabat wanita telah diangkat ke tempat yang sewajarnya.  Oleh itu buat semua wanita, dunia ini penuh ranjau dan dugaan, dunia ini penuh tipu daya dan syaitan, jangan anda lalai tanpa tujuan kerana dunia yang indah ini adalah persinggahan sementara untuk insan, dunia yang indah ini adalah ujian.

Sumber: Dr. HM Tuah Iskandar al haj