Assalammualaikum..
Banyak perkara yang difikirkan bila seorang hamba allah nie bercakap tentang kematian yang bebunyi " kesian dia meninggal di masa muda seawal 21 tahun dan tak ada anak yang akan mendoakannya...kalau nak harapkan adaik beradik..entahlah katanya"... perlu ker mengeluarkan kenyataan macam nie....
Mari kite fikirkan bersama...adakah kita pasti kematian akan menjemput kita semua apabila kita dah punya anak?? dah adakah kita pasti apabila kita semua berkahwin pasti akan dapat anak?? dan yang paling penting adakah anak kita nanti akan mendokan kesejahteraan roh kita bila kita dah meninngal??.....siapa la kita untuk pastikan kelancaran hidup nie...macam mana kalu tiba-tiba allah ambil nyawa kita masa tengah tidur..masa kite tengah buat kejahatan... Imam ghazali sindiri dah berpesan: "perkara yang paling hampir dengan manusia adalah kematian".....
semua yang terjadi hanya dengan izin allah dan tolonglah jangan nak cakap macam tu lagi lepas nie.. sedey sangat bila fikir : (....... insyaalah jika allah izinkan diri nie tak lupa untuk doakan arwah ayang....walaupun arwah meninngal di usia muda dan tak punya anak tapi insyallah jika allah izinkan kami adik beradik akan sentiasa sedekahkan pahala al-fatihah dekat arwah setiap kali lepas solat....
Showing posts with label ...Darah daging.... Show all posts
Showing posts with label ...Darah daging.... Show all posts
Thursday, May 17, 2012
Friday, March 23, 2012
.::Salam Jumaat::.
Assalammualaikum semua...
Bila dekat, tak rasa istimewa, tapi bila jauh baru terasa rindu,
Bila abang aku ada rasa biasa jer, bila dia dah tak ada baru rasa kehilangan yang amat sangat sebab sekarang kalau panggil "ayang" dah tak ada sapa nak sahut tapi akan buat mak aku rasa sedih jer, dah tak ada orang yang akan komen kalu aku masak bergedil, dah tak dak orang nak panggil aku "ani", dah tak ada orang nak rembat remote tv dari aku, dah tak ada orang nak topup duit loan aku, dah tak dak orang nak tegur aku kalu aku marah safirah... : (
Haritu mak ada col ustaz tanya apa yang kita boleh sedekahkan pada arwah dan ustaz tu cakap kita boleh bayar fidyah, sedekahkan surah al-ikhlas 10,000 kali dengan sedekah dan niatkan atas nama arwah...
Lepas dah kehilangan baru rasa betapa ruginya dulu tak ambik berat, tak selalu msg tanya khabar dan sekarang semua msg dari keluarga aku simpan sayang nak padam....
p/s: bila anda, anda dan anda kehilangan salah seorang ahli keluarga, anda akan paham apa yang saya rasa... Love my family so much, kalian sentiasa dalam doa saya...

Tuesday, March 13, 2012
.::Semoga pahala Al-Fatihah kalian sampai ke mangsa kemalangan di Kota Tinggi-5/3/2012::.
KOTA TINGGI 6 Mac - Hasrat seorang gadis mengikat tali pertunangannya pada 17 Mac ini tidak kesampaian apabila bakal tunangnya maut dalam kemalangan di Kampung Sri Jaya di Kilometer 28.5 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini semalam.
Lebih menyayat hati, tragedi pukul 2.40 petang itu turut meragut nyawa ibu dan kakak gadis tersebut.
Mangsa yang terbunuh ialah bakal tunang Fazlina Othman, 25, iaitu Muhammad Hazwan Ahmad, 25, serta ibu dan kakak Fazlina, Saemah Mantu, 65, dan Fatimah, 35.
Ketiga-tiga mangsa termasuk Fazlina dan seorang anak saudaranya, Ahmad Razim Faizal, 3, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung mereka di Felda Air Tawar 1, sebelum kereta dipandu Muhammad Hazwan bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan.
Dalam kejadian itu, Fazlina cedera di tangan kiri, manakala Ahmad Razim yang cedera di kepala kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).Pemandu lori berusia 33 tahun itu bagaimanapun hanya cedera ringan.
Jenazah Muhammad Hazwan yang berasal dari Kampung Pasir Kuala Dipang, Perak dikebumikan di kampungnya, manakala Saemah dan Fatimah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 1 , semalam.
Menceritakan kejadian itu, Fazlina yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik berkata, mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung setelah selesai urusan membeli barang keperluan persiapan pertunangan.
Menurutnya, ketika kejadian, dia yang duduk di bahagian penumpang depan tidur dan hanya tersedar selepas kereta Proton Saga BLM yang dipandu bakal tunangnya tiba-tiba bertembung dengan lori berkenaan.
"Saya terkejut dengan apa yang berlaku, namun reda dengan ketentuan ini.
"Apa yang lebih menyedihkan adalah hajat ibu untuk melihat majlis kami berlangsung tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi di sini.
Fazlina memberitahu, kepulangan mereka memang dinanti-nantikan ahli keluarga yang lain kerana mahu membincangkan persiapan majlis pertunangannya yang akan diadakan serentak sempena pernikahan abangnya pada 17 Mac ini.
Katanya, mereka bertolak ke Kuala Lumpur beberapa hari sebelum kejadian dengan menaiki bas dan pulang menaiki kereta yang dipandu bakal tunangnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa dari arah Kulaijaya ke Kota Tinggi hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.
Sumber: Utusan Malaysia
P/s: berita nie copy paste dari utusan online...tapi kak fazlina ada col mak dia cakap tak bagutau apa-apa pun pada wartawan..biarlah benda dah jadik..
" Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menerima segala ketentuanMu dan kami mohon agar Engkau tempattkan arwah bersama dengan orang-orang yang beriman dan ampunilah segala dosa-dosanya samaada yang nyata mahupun yang tersembunyi, hanya Engkau Yang Maha Mengetahuinya." amin.

Wednesday, August 3, 2011
.::OH TIDAKKK::.
![]() |
| TAK HALAL...sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand. |
ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM, terkelu lidah bila baca myMetro online arinie.. kalau tak salah benda nie ada jual kat uum jugak.
Ya Allah jika benar ianya haram maka Engkau bersihkanlah ia dari tubuh badan kami kerana kami tidak mengetahuinya.
"mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim"
Subscribe to:
Posts (Atom)