Aku merajinkan diri cuba desert nie, almaklumlah bila cuaca panas nie tekak mesti teringin benda sejuk..
Resipinya mudah jer...
Lapisan kek:-
-1 pek swiss roll
- air dari jus koktel (tpi ak x pakai koktel dalam tin tu so just renjis kek dengan susu cair jer untuk bg kek tu moist)
Cara-cara:
1. Potong kek tadi nipis- nipis kemudian susun atas dasar mangkuk yang digunakan.
2. Renjis jus koktel/susu cair atas kek, jangan banyak sgt cukup sekadar nk bg kek tu moist.
Kastad
-1 tin susu cair
-1 tin air (sukat guna tin sudu tadi)
-1/2 cawan gula
-3 sudu tepung kastad
Cara-cara:
1.satukan semua bahan kemudian masak atas api yang sederhana sampai bancuhan kastad pekat.
2.tuang adunan kastad atas lapisan kek
3. Susun buah koktel
Punya la rajin p susun buah anggur tu, ini jer yang adooo nk p beli koktel entah bila tahun baru sempat..
Agar-agar kristal jelly:-
- cara- cara nak masak ada dekat belakng kotak tu, simple jer
- kemudian tuang adunan kristal jelly atas buah- buahan tadi.
P/s: dek kerana tak sabar nk rasa aku ambil sebekas yg kecik tu letak tempat sejuk beku then ngappp
No comments:
Post a Comment