Saturday, October 11, 2014

~triffle in da house 💖💖💖~

Salam semua, semoga harinie lebih baik dari semalam, insyaallah

Aku merajinkan diri cuba desert nie, almaklumlah bila cuaca panas nie tekak mesti teringin benda sejuk..

Resipinya mudah jer...

Lapisan kek:-
-1 pek swiss roll
- air dari jus koktel (tpi ak x pakai koktel dalam tin tu so just renjis kek dengan susu cair jer untuk bg kek tu moist)

Cara-cara:
1. Potong kek tadi nipis- nipis kemudian susun atas dasar mangkuk yang digunakan.

2. Renjis jus koktel/susu cair atas kek, jangan banyak sgt cukup sekadar nk bg kek tu moist.



Kastad
-1 tin susu cair
-1 tin air (sukat guna tin sudu tadi)
-1/2 cawan gula
-3 sudu tepung kastad

Cara-cara:
1.satukan semua bahan kemudian masak atas api yang sederhana sampai bancuhan kastad pekat.

2.tuang adunan kastad atas lapisan kek



3. Susun buah koktel


Punya la rajin p susun buah anggur tu, ini jer yang adooo nk p beli koktel entah bila tahun baru sempat..

Agar-agar kristal jelly:-
- cara- cara nak masak ada dekat belakng kotak tu, simple jer
- kemudian tuang adunan kristal jelly atas  buah- buahan tadi.



P/s: dek kerana tak sabar nk rasa aku ambil sebekas yg kecik tu letak tempat sejuk beku then ngappp 





Tuesday, September 30, 2014

~kerepek lidah buaya(1st trial)~


Teringin nk makan bnda manis maka rajinkn diri mencuba makanan tradisional..haha confrm2 la x jadi kan 

Bahan- bahan :-
2 cawan tepung gandum 
1 biji telur
2 sudu majerin
1/2 sudu garam
*uli lebih kurang macam doh donut tu



Gam: 3 sudu minyak + 3 sudu tepung jagung





Then goreng dengan api sederhana, bila dah sejuk tabur dengan gula ising@gula kastor... Ikut selera dan apa yg ada di dapur okehh ;)

Sunday, September 28, 2014

~kek russian black and white~

Salam readers, semoga sihat semua ya

Kali nie nk try membaking kek yang nampak mewah dengan coklat, disaluti creamcheese dan diperkaya dengan coklat ganache... Haha ayat tak boleh blahhh... Okeh sblum mula macam biasa buat research sikit, tengok tutorial sikit then decide p maydin carik barang...

Kebanyakan resipi aku belajar dari bacaan dan penglman membaking orang lain, mahal la kalau nk p kelas membaking tpi mmg berhasrat nk berguru untuk kek indulgence nnti, wish me luck okehhh... Dalam hati doa banyak-banyak mengharap kek nie jadik sbb bahan2 dia mahal la.. 

Maaf ya mmg xada ambil pic, sbb 1st trial masih banyak yang perlu dibaiki..

Resipi copy dari blog: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan KEK :-

170g tepung superfine* (ak guna tepung gandum brand biasa jer)
1 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400g)
100g serbuk koko
200g minyak jagung @ minyak masak
250g susu pekat
250g gula halus
5 biji telur-blend 5 minit (aku letak 4 biji jer sbb ak xsuka bau telur kalau boleh rasa xnak letak jer tapi xberani nak derhaka pd resipi sbb 1st trialkan)

Cara-cara
1. Ayak bahan yang bertanda *

2. Satukan minyak, susu pekat, susu cair, gula dan serbuk koko. Panaskan atas api kecil sampai sebati asalkan gula hancur dan serbuk koko dah tak berketul- ketul okeh. Angkat

3. Masukkan bahan tadi ke dalam magkuk besar dan masukkan telur yang telah diblend tadi. Kacau sebati

4. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dan kaup balikkan jer guna tangan.

5. Sapukan loyang dengan butter@majerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10 minit. Cucuk kek dengan lidi kalau lidi licin jer maknanya kek tu dah masak ya.

6. Sejukkan kek tadi. 

Bahan-bahan COKLAT GANACHE :-

200ml whipping cream (dairy)
500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos (tak letak pun sbb tak tahu mana rupa bendanya)
2 sudu besar butter (ak guna buttercup)

Cara-cara
1. Panaskan whipping cream ( tak perlu memdidih). Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati
2. Angkat dan tuangkan kedalam coklat masakan. Kacau sampai coklat cair
3. Sejukkan dan masukkan kedalam piping bag simpan semlaman (ak nk cepat sejuk, letak dalam peti ais tempat sejuk beku hihi, tapi x lama pun dalam 4-5 minit jer)

Bahan-bahan COFFEE CREAM CHEESE:-


500g creamcheese 
1 cawan butter
1cawan gula aising
1/2 paket coffee 3 in 1

Cara- cara
1. Putar butter dan creamcheese sampai sebati
2. Masukkan coffee dan gula aising sampai sebati dan halus.
3. Masukkan creamcheese kedalam piping bag.


CARA PENYEDIAAN KEK:-
1. Potong kek kepada 3 atau 4 bahgian (ak dapat potong 3 jer tu sbb layer pun tak berapa nk nmpak)

2. Letak satu lapisan atas papan kek . Paipkan creamcheese ditengah kek bentuk bulatan. 

3. Kemudian paipkan coklat ganache disekeliling creamcheese tadi. Ulang langkah yang sama untuk layer yang seterusnya.

4. Untuk layer terakhir,  salut kek dengan creamcheese dan akhir sekali tuang coklat ganache (jika pekat, cairkan atas api guna kaedah double boiler)

5. Simpan dalam peti sejuk dulu baru ngap okehh 

Nie hasilnya, snap masa pagi tadi

Bila malam tinggal nie jer ;)

P/s: 1st trial kan so comotnya jangan cerita, insyallah akan buat lagi lepas nie. Syok jugakkan bila laris dirumah :)

~Kek batik biskut marie~

Salam semua

Kali nie mood membuat kek paling mudah, campak semua bahan yang ado dalam periuk, lenyek-lenyek siap ;)

BAHAN BAHANNYA


Bahan-bahan

250g butter
1/2 cawan serbuk koko (dlm pic 1 cawan tapi lebih baik kurangkan sebab hasilnya pahit)
1/2 cawan milo
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 paket biskut marie
1 cawan air suam
2 biji telur
2 paket nestum 3 in 1( saja suka campur sbb ada stok dekat rumah)

Cara-cara

1. Patah-patahkan Biskut Marie

2. Panaskan butter 


3. Masukkan serbuk koko


4. Campurkan serbuk milo


5. Selepas sebati masukkan susu pekat


6. Campurkan serbuk nestum


7. Kemudian masukkan telur


8. Bila semua dah sebati baru masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul


9. Bila dah sebati, mampatkan adunan yang telah siap digaul kedalam bekas



DONE!! Kalau rajin bila dah sejukkan kek nanti boleh siram ganache.. Lagu nie, tadaaaa ;)


Friday, September 19, 2014

~kek coklat moist(kukus)~

Salam jumaat ;)

harinie off ke kedai asbab nk buat kek, hihi 

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu segar/susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat 

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat (pakai sudu kfc)
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur

Cara-cara

1.masukkan Bahan A dalam periuk dan kacau sampai sebati. Then sejukkan
2. Pukul telur dan esen vanilla kemudian masukkan ke dalam bahan A
3.masukkan bahan B sedikit demi sedikit 
4. Masukkan adunan dalam loyang dan tutup permukaan kek dgn kertas foil (kertas foil xada dekat rumah so ak guna kain jer, ikat dekat penutup loyang) ini cara paling darurahh ;)
5. Kukus selama 1 jam. Jangan buka penutup sampai cukup masa tau.
6. Angkat, bila sejuk kalau rajin boleh bubuh topping.. 

Bahan untuk topping..
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar mentega
1/2 cawan susu pekat

Cara-cara
1. Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk kacau hingga pekat kemudian masukkan mentega
2. Dah sejuk tuangkan di atas kek

Selamat berdekorasi (pic bermula dari nk naik adunan ke kukus jer, itu jer yg dan hiihi)  :) :)




Siap untuk dikukus



Dah sejuk boleh buat topping ya 


Ok last part deko, jangan gelak okehh nie sebab terlebih rajin nk buat haha.. Tadaaaa ;)






Thursday, August 14, 2014

~SimplySiti on9 review~

Salam semua

Lepas baca review pasal produk simplysiti nie terus tergerak hati nk cuba, cehh padahal diri nie memang cepat sangat terpengaruhnya... Ada jer yg elok org lain pakai mst nk cuba... Apakenanya entah ;)

Ok, first stepnya mcm biasa, google buat research skit.. Ok dah set nk try produk apa.. Next aku p carik SS nie dekat watsons, guardian, tesco semua tak ada stok untuk satu set... Lastnya try beli online dari official website simplysiti

Sejujurnya aku rasa on9 servis SS nie sedikit slow.. Maybe banyk kot...lepas buat payment aku tunggu email dr SS untuk confirmation payment tapi sampai hari ke2 tapi still xada feedback..sms dah 2 3 kali send tapi still xada feedback, check2 tgk no tu ada whatapp so aku decide untuk whatapp, baru la ada respon... Risau la jugak kan sbb kalau payment tak diterima dalam 3 hari, order dikira batal...

Tu baru cerita nk confirm payment, lagi satu hal nk tunggu barang sampai...lama la jugak mmg tepat apa yang tertulis..tempoh penghantaran 7-14 hari dan barang aku sampai hari ke 14 hehe..Tapi tak apa la asalkan sampai kan...lagi penting rasa berbaloi sebab produk nie ada halal ...

Semoga SS terus maju dan on9 servis dapat diperbaiki ok.. 


Clear solution set nie best sesuai untuk kulit berminyak, toner dia pun wangi dan sejuk jer bila pakai yg penting bila aku pakai x tumbuh jerawat ;)... 

Selang beberapa minggu lepas tu berjaya pujuk my mom try SS nie, kami pun memborong dekat watsons dekat 200++ jugak tapi syang depa x bg free pun, sbb bila balik baru perasan, belian lebih rm80 dapat free gift ini, belian lebih rm100 dapat free gift itu..aishhh geram pulak bila ingat balik 

 

Sekian, tq for reading.. Salah silap mohon diampun..Selamat berpuasa 6 :)

Friday, January 3, 2014

~makanan tambahan~


Asalammualaikum

Berfikir sejenk...Perlu ker tak sebenarny makanan tambahan nie..then ak pun pergi jumpa en google nak mintak pendapat tentang makan tambahan nie....beria jer kan :)

Antara infonya adalah kalau selalu mengalami simpton kerap diserang selesema. Ini bermakna sistem imun badan kita mungkin rendah berbanding dengan orang lain. Dalam keadaan ini kita perlu tambahkan pengambilan vitamin C dan zink... Memang sesuai sangat la kan, aku nie mmg senang sangat dijangkiti selesema dah la tu nk baik makn masa yang lma pulak tu....

Skrang cuba Amway product bukan satu tapi tiga produk tapi celup celup jer makan.. Bila ingat baru on..hihi :)

P/s: semua image dah kena delete dgn adik aku, tunggu masa nk restore hp dia suh buat email sendiri.. Geram pulakk share email nie