Sunday, September 28, 2014

~Kek batik biskut marie~

Salam semua

Kali nie mood membuat kek paling mudah, campak semua bahan yang ado dalam periuk, lenyek-lenyek siap ;)

BAHAN BAHANNYA


Bahan-bahan

250g butter
1/2 cawan serbuk koko (dlm pic 1 cawan tapi lebih baik kurangkan sebab hasilnya pahit)
1/2 cawan milo
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 paket biskut marie
1 cawan air suam
2 biji telur
2 paket nestum 3 in 1( saja suka campur sbb ada stok dekat rumah)

Cara-cara

1. Patah-patahkan Biskut Marie

2. Panaskan butter 


3. Masukkan serbuk koko


4. Campurkan serbuk milo


5. Selepas sebati masukkan susu pekat


6. Campurkan serbuk nestum


7. Kemudian masukkan telur


8. Bila semua dah sebati baru masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul


9. Bila dah sebati, mampatkan adunan yang telah siap digaul kedalam bekas



DONE!! Kalau rajin bila dah sejukkan kek nanti boleh siram ganache.. Lagu nie, tadaaaa ;)


No comments:

Post a Comment