Friday, September 19, 2014

~kek coklat moist(kukus)~

Salam jumaat ;)

harinie off ke kedai asbab nk buat kek, hihi 

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu segar/susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat 

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat (pakai sudu kfc)
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur

Cara-cara

1.masukkan Bahan A dalam periuk dan kacau sampai sebati. Then sejukkan
2. Pukul telur dan esen vanilla kemudian masukkan ke dalam bahan A
3.masukkan bahan B sedikit demi sedikit 
4. Masukkan adunan dalam loyang dan tutup permukaan kek dgn kertas foil (kertas foil xada dekat rumah so ak guna kain jer, ikat dekat penutup loyang) ini cara paling darurahh ;)
5. Kukus selama 1 jam. Jangan buka penutup sampai cukup masa tau.
6. Angkat, bila sejuk kalau rajin boleh bubuh topping.. 

Bahan untuk topping..
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar mentega
1/2 cawan susu pekat

Cara-cara
1. Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk kacau hingga pekat kemudian masukkan mentega
2. Dah sejuk tuangkan di atas kek

Selamat berdekorasi (pic bermula dari nk naik adunan ke kukus jer, itu jer yg dan hiihi)  :) :)




Siap untuk dikukus



Dah sejuk boleh buat topping ya 


Ok last part deko, jangan gelak okehh nie sebab terlebih rajin nk buat haha.. Tadaaaa ;)






No comments:

Post a Comment